Che Rokeman Musa Didesak Untuk Ceraikan Isteri

January 5, 2013 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



Seorang bekas ahli Pas, 39, membuat pengakuan bahawa beliau pernah dipaksa untuk menceraikan isterinya pada tahun 2008 setelah beliau menyertai UMNO. Che Rokeman Musa berkata, mentuanya sendiri mendesak beliau untuk berpisah dengan isteri kerana beliau keluar dari Pas.

Walaubagaimanapun, Che Rokeman Musa masih mampu bersabar di atas desakan itu. Beliau kini mempunyai 7 orang anak dan tinggal di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut. Che Rokeman Musa berkata, beliau masih mampu bersabar apabila memikirkan anak-anak mereka yang masih kecil.

Che Rokeman Musa pada ketika ini adalah salah seorang pekerja Utusan Malaysia sebagai operator jentera berat.

Mentua saya sendiri menggangap bahawa jika saya menjadi ahli UMNO, saya tidak mampu untuk membimbing keluarga. Walaupun pada ketika itu kami tidak hidup mewah, namun hubungan kami amat baik. ‘Isteri saya adalah orang yang paling teraniaya kerana beliau tersepit dan sedih di atas desakan keluarganya’.

‘Namun begitu, alhamdulillah kerana kami masih bersama dan bahagia’. 

Kejadian ini bukanlah perkara baru dalam warna hidup penyokong parti pembangkang. Mereka beranggapan bahawa orang UMNO adalah kafir dan orang Pas adalah ‘orang syurga’. Penduduk di Terenganu dan Kelantan taksub dengan parti politik mereka itu.

Sumber – Utusan Malaysia

 

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , ,

Category: BHO Blog

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply