Chong Wei mudah benam Tago

September 24, 2010 | By | 2 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



CHONG WEI akan menentang Bao Chunlai pada suku akhir Terbuka Jepun hari ini.

JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke saingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.

Pada pusingan kedua semalam, Chong Wei tidak menghadapi masalah besar untuk menjinakkan bintang muda tuan rumah, Kenichi Tago.

Tidak seperti aksi final Seluruh England membabitkan kedua-dua pemain itu tahun lalu, kali ini Chong Wei tidak perlu mengerah keringat apabila mencipta kemenangan 21-10, 21-10 dalam tempoh 37 minit.

“Pada Seluruh England, saya benar- benar mahu muncul juara, jadi saya gementar ketika beraksi. Itu sebabnya saya kehilangan 19 mata dalam setiap set.

“Selain itu juga, saya memandang rendah keupayaan Tago. Namun kali ini, saya sudah belajar corak permainannya dan bersedia untuk menghadapi perlawanan ini,” kata Chong Wei.

Chong Wei berkata, kecederaan bela- kang yang dialaminya masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya cukup bersedia bagi menghadapi kejohanan ini. Saya tidak merasai sebarang tekanan. Saya hanya mampu beraksi tanpa sebarang tekanan,” jelas Chong Wei yang juga juara Terbuka Jepun 2007.

Pada aksi suku akhir hari ini, Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia akan menentang penyandang juara kejohanan itu, Bao Chunlai.

Pemain No. 6 dunia dari China itu mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Jepun, Kazushi Yamada 21-13, 21-13.

Sementara itu, beregu emas negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong turut mara ke saingan suku akhir selepas menewaskan gandingan Taiwan, Chen Hung Ling/Lin Yu Lang 22-20, 21-18.

Gandingan utama negara itu akan menentang beregu Korea Selatan, Kim Ki Jun/Shim Baek Chol pada aksi suku akhir.

Beregu muda negara, Mak Hee Chun/ Tan Wee Keong juga meneruskan kema- raan apabila membenam gandingan Jepun, Hirobe Yoshiteru/Kazuno Kenta 21-13, 21-19.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Sukan, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Gaban says:

    Dua Tiga Bulu Tangkis,
    kalau kalah jangan nangis!

  2. admin says:

    Cantik scoreline :-) :-)

Leave a Reply