Cipta rekod terjun dalam kolam kecil

March 18, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



ORANG ramai melihat Darren Taylor terjun ke dalam sebuah kolam kecil.

TRONDHEIM, Norway – Seorang penyelam dari Denver, Darren Taylor memecah rekod dunia apabila dia terjun dari ketinggian 10.9 meter ke dalam kolam air yang mempunyai kedalaman cuma 30.5 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dikenali sebagai Profesor Splash, Taylor menyesuaikan teknik menyelam yang dimilikinya bagi mengurangkan impak ke atas badannya.

“Saya juga suka jika air yang digunakan itu sejuk sehingga hampir ke tahap beku kerana ia akan membantu mengurangkan impak terjunan,” katanya yang sudah menyelam selama 25 tahun.

Taylor memecahkan rekodnya sendiri itu di hadapan para peserta Persatuan Pertukaran Pelajar Antarabangsa di sini, pada Rabu lalu. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Luar Negara, Unik

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply