Cityliner Hentikan Perkhidmatan Di Enam Negeri Bulan Depan


http://3.bp.blogspot.com/_YSzzIBxK4z8/STdDIJQlpjI/AAAAAAAAAVY/RTt9B5M0HyI/s320/DSC04650.JPG

KOTA BAHARU, 20 Nov — Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya Cityliner di enam negeri bulan depan sekiranya tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah syarikat yang mengalami kerugian itu.

Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak begitu bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata pihaknya juga belum menerima sebarang ‘hitam putih’ dari pihak-pihak yang dikatakan berjanji mahu membantu menyelesaikan isu tersebut termasuk kerajaan-kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tengku Hasmadi berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan esok dalam usaha membantu pihak syarikat menyelesaikan isu itu.

“Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan belum ada tindakan proaktif diambil…walaupun mereka pada dasarnya bersetuju membantu meringankan kerugian syarikat,” katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada anak syarikat KTB, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), yang mengendalikan perkhidmatan Cityliner di negeri itu bagi mengurangkan bebas kos operasi.

credit: CG Forum
—————————————————————————————————

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Tambah Nilai Pra Bayar, Pek Sim Dikenakan Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Mulai 15 September
  2. Selaras Perlembagaan Negeri
  3. 200 pemandu mogok
  4. Perkhidmatan Blackberry akan disekat di UAE
  5. ‘Usah naik caj perkhidmatan pengangkutan’
  6. Karnival Halal diadakan di Kelantan bulan depan
  7. Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan
  8. Minda: Ke arah perkhidmatan cekap dan berkualiti
  9. Tiada cadangan sekat perkhidmatan Blackberry
  10. Enam bulan dihidang sup babi

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah