Dera budak: Ibu, kekasih didakwa



KERATAN Kosmo! 15 April 2010.


PETALING JAYA – Ibu kandung kepada kanak-kanak Jasmine Lee Siew Hui yang mati akibat didera pada 1 Mac lalu dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada suri rumah, Wong Mei Teng, 24, dan Tan Peng Tong, 27, yang bekerja sebagai mekanik.

Kedua-dua tertuduh sebelum itu menganggukkan kepala tanda memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ho Kwong Chin.

Mereka dituduh melakukan pembunuhan terhadap Jasmine yang berusia tiga tahun 10 bulan di rumah No. D-3-15 Blok D, tingkat 3, Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang pada pukul 7.50 pagi di antara 1 Mac dan 14 April lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kwong Chin menetapkan 3 Jun depan bagi memohon keizinan supaya kes itu dapat dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

kredit : kosmo.com.my


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Tiga warga Thailand didakwa jual bom
  2. Pemandu teksi didakwa bunuh Syafiah Humairah
  3. Didakwa punca 3 beranak mati
  4. Wanita China kena penjara seumur hidup kes culik budak
  5. Dua didakwa rompak, perkosa suri rumah
  6. Badrul Muhayat didakwa pukul isteri
  7. Pemandu lori dipenjara 2 tahun
  8. Ahli MPAJ didakwa sebar gambar bogel
  9. Budak tiga tahun mati didera
  10. Pelajar Aswara didakwa

 

3 Comments

 

  1. dannyana April 24, 2010  10:23 am Reply

    hukum je dorang ngan cara camana dorang dera anak die 2,bru die rase......

  2. hamba allah April 24, 2010  2:08 pm Reply

    kalo dapat pasangan itu didera dalam lokap,bagaimana meeka mendera kanak2 tersebut,begitu juga rasa mereka didera.harap keadilan dpt dituntut di mati,agar rohnya tenang

  3. Pingback : Stop Child Abuse | Raracandyfloss

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah