Derita khunsa

November 8, 2009 | By | 10 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR: “Selalu saya berdoa, ambillah nyawaku ketika masih sihat (ada kudrat), bukannya ketika sudah terlantar. Bukan menolak takdir, tetapi tidak mahu menyusahkan sesiapa. Jika sudah terlantar, nanti menyusahkan orang,” kata seorang khunsa yang menderita pelbagai jenis penyakit termasuk reput tulang sejak 20 tahun lalu.

Mahu dikenali Suraya, 58, derita ditanggung khunsa yang memilih meneruskan hidup sebagai wanita itu bagaikan tiada kesudahan.

Ketika zaman kanak-kanak sehingga remaja, dia berdepan tekanan perasaan akibat kecelaruan jantinanya dan sejak dewasa sehingga menjengah ke usia tua dia menanggung kesakitan berikutan penyakit dialaminya.

Suraya mendakwa episod deritanya bermula apabila dia mengambil sejenis pil hormon wanita dikenali dengan nama ‘dexamethasone’ ketika berusia 27 tahun.

“Saya ada dua alat kelamin, lelaki dan wanita tapi jiwa serta naluri saya lebih terarah kepada lelaki. Masalahnya, fizikal saya seperti wanita dan ibu bapa pula mendidik saya supaya menjadi wanita. Arwah nenek pula ‘mengisytiharkan’ saya wanita.

“Biasalah.. cakap orang tua kita kena dengar. Arwah nenek beritahu ayah dan ibu supaya terima ketentuan Allah. Dan, sejak itu saya dididik menjadi wanita,” katanya.

Suraya berkata, dari kecil dia disuruh memasak, membasuh dan melakukan seperti apa yang dilakukan seorang wanita.

“Oleh kerana jiwa dan naluri saya lebih terarah kepada lelaki, saya cukup tidak suka melakukan pekerjaan itu (memasak dan membasuh). Saya dipakaikan dengan pakaian wanita tetapi perwatakan saya lebih kepada lelaki,” katanya.

Menurut Suraya, walaupun jiwanya memberontak mahu menjadi seorang lelaki, dia patuh dengan kehendak ayah dan ibunya.

“Saya menjadi seperti wanita. Pakai baju wanita dan bersekolah menengah pun di sekolah wanita. Namun, saya tidak mampu mengetepikan jiwa dan naluri lelaki yang ada dalam diri saya.

“Disebabkan tidak mahu melawan cakap orang tua, sampai satu tahap saya mengambil keputusan untuk menjadi wanita yang sejati,” katanya.

Menurut Suraya, dia berjumpa doktor dan hasil pemeriksaan doktor pakar mengesahkan fizikalnya lebih cenderung kepada wanita biarpun mempunyai alat sulit lelaki dan wanita.

“Doktor menyarankan saya mengambil pil ‘dexamethasone’ yang berfungsi menambah hormon wanita dalam tubuh saya.

“Jika mahu jadi lelaki, saya perlu menjalani pembedahan pada alat kemaluan tapi alat sulit lelaki saya tidak boleh berfungsi seperti lelaki lain dan saya juga tidak boleh mendapat zuriat.

“Disebabkan tidak mahu ‘pening kepala’ saya ikut nasihat doktor dengan makan pil ‘dexamethasone.’ Hasilnya, ciri-ciri wanita mula terserlah pada diri saya. Saya ada buah dada, tetapi tidaklah sempurna seperti wanita sebenar.

“Suara saya juga berubah daripada garau kepada sedikit halus. Paling mengejutkan, saya datang haid di ketika usia 28 tahun,” katanya.

Menurut Suraya, malangnya ‘nikmat’ menjadi wanita hanya dirasakannya buat seketika saja kerana selepas lima bulan, dia mendakwa mula menerima kesan sampingan daripada ubat yang diambil.

“Berat badan saya naik mendadak, tulang dan sendi sakit. Seluruh badan saya sakit, daripada tengkuk sampailah ke kaki. Pemeriksaan doktor juga mendapati tulang saya mereput.

“Jari tangan, kaki menjadi bengkok, kaki, tangan bengkak, dan tapak kaki menggelupas dan pecah menyebabkan kesakitan sehingga sukar bergerak,” katanya.

Suraya berkata, dia berkali-kali dinasihatkan doktor supaya menjalani pembedahan tetapi ayahnya tidak membenarkannya kerana bimbang berlaku perkara tidak dingini kepadanya.

“Disebabkan itu saya banyak bergantung kepada ubat dan menjalani fisioterapi. Bagaimanapun, pada 2000, saya mengalami sakit yang teruk pada bahagian pinggul sebelah kanan.

“Kerana tiada pilihan saya terpaksa menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul kanan. Pembedahan itu dilakukan pada April 2000,” katanya.

Menurut Suraya, pada 2006, dalam keadaan masih menderita pelbagai penyakit tulang dan sendi, dia berdepan masalah sakit tulang belakang.

“Doktor yang merawat saya memberitahu tulang saya mereput dan perlu dibedah. Tulang yang reput itu perlu diganti dengan tulang plastik.

“Ayah tidak membenarkannya kerana bimbang saya langsung tidak boleh bergerak jika melakukan pembedahan itu,” katanya.

Suraya berkata, sejak 20 tahun lalu, hospital umpama rumah keduanya kerana dia perlu mendapatkan pelbagai rawatan dan ubat untuk penyakit tulang dan sendi yang dialaminya.

“Perasaan menyesal kerana memilih mengambil pil berkenaan memang ada, tetapi saya pasrah dan menganggapnya takdir. Derita yang saya tanggung amat perit untuk ditempuh. Fikiran terganggu, perasaan terguris,” katanya.

Menurut Suraya dia tidak diberitahu kesan pengambilan pil berkenaan oleh doktor yang merawatnya dulu menyebabkan dia tidak berfikir panjang menerima tawaran yang diberi.

“Mungkin pada tahun itu (1978) doktor tidak arif dengan kesan yang bakal diterima oleh pengguna pil itu. Selepas beberapa tahun barulah saya diberitahu oleh doktor lain bahawa pil berkenaan boleh mereputkan tulang.

“Saya juga membaca beberapa laporan di akhbar yang turut menyatakan kesan pengambilan pil berkenaan boleh menyebabkan tulang mereput dan sendi rosak,” katanya.

Suraya berkata, walaupun pil itu menjadi punca kepada penderitaannya, dia tidak boleh berhenti daripada mengambilnya setiap hari.

“Jika saya tidak makan pil itu, saya tidak boleh bangun dan hanya mampu berbaring. Wajah dan tubuh saya pula dipenuhi bintik merah. Selama tiga hari tidak mengambil pil itu, nyawa saya mungkin melayang. Itu nasihat doktor yang perlu saya patuhi,” katanya.

Gara-gara penderitaan dialami, dia terpaksa berhenti kerja lebih awal daripada yang sepatutnya dan kini terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk bergerak.

“Sudah puas saya menangis. Apa pun saya reda dengan ketentuan Allah SWT. Cuma, saya berasa sangat sunyi,” katanya.

Suraya kini menetap bersama adiknya di ibu kota dan bercadang untuk pulang ke kampung dan menghabiskan sisa hidupnya di sisi ayah dan ibunya.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: BHO Blog

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (10)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. aina says:

    harap kak Suraya besabar dan tetap meneruskan kehidupan dan ingatlah Allah tidak akan memberi ujian jika seseorang itu tidak mampu

  2. admin says:

    Saya doakan Kak Suraya selamat di dunia dan akhirat. Sedih membaca artikel ini.

  3. imran syafiq says:

    kesian ar kak suraya tu……klau saya boleh tolong, saya akan tolong…….smoga ALLAH menolong akak

  4. hasnah baharum says:

    salam. sedih n menyayat hati sungguh mendengar perjalanan hidup kakak Suraya. Tapi saya Percaya kakak memang seorang yang kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Saya berdoa pada ALLAH SWT agar memberikan semangat dan mempermudahkan jalan hidup kakak! banyakkan bersabar ye kak…….

  5. Miza says:

    kesian…tu la malangnya negara kita tak mengambil serious tentang permasalahan berkaitan khunsa, mukannath (mak nyah) dan membiarkan kekeliruan dan masalah yang berpanjangan tak habis-habis. Masing-masing menganggap rememh dan lihat sebelah mata sahaja perkara ni. Apa yang tertulis dalam artikel ni takkan berlaku kalau kerajaan, ulama’ dan masyarakat mengambil serious mengendalikan masalah ni. Suau perlu diperbetulkan bukan hanya berselimutkan prejudis.

    • peace says:

       

      Miza: kesian…tu la malangnya negara kita tak mengambil serious tentang permasalahan berkaitan khunsa, mukannath (mak nyah) dan membiarkan kekeliruan dan masalah yang berpanjangan tak habis-habis. Masing-masing menganggap rememh dan lihat sebelah mata sahaja perkara ni. Apa yang tertulis dalam artikel ni takkan berlaku kalau kerajaan, ulama’ dan masyarakat mengambil serious mengendalikan masalah ni. Suau perlu diperbetulkan bukan hanya berselimutkan prejudis.

      setuju dgn miza , majoriti  org2 di malaysia  transphobia,
       

  6. rahsia says:

    asslamualaikum.saya amat bersedih apa yang saudara hadapi.saya pun ada kawan macam saudara.kami telah bertemu setelah lebih 30tahun lamanya dan dulu dia adalah kawan perempuan yang amat jelita dan sekarang dia lelaki.dua kali saya bersedih dan menangis sebab dah lama tk berjumpa dan dia beritahu dia khunsa.barulah sekarang saya mengambil berat mengenai manusia khunsa.cuma saya rasakan ini adalah ujian allah utk makhluknya yang beriman.dan kesengsaran didunia hanya sedetik sahaja dibandingkan janji allahpada orang yang beriman iaitu syurganya yang kekal.

  7. biah87 says:

    baik En. Miza duduk kat luar negara yng mna khndak korang tak dibantah… sbb Malaysia adalah negara islam dah tentu diutamakan mengenai agama… jadi kalo korang duduk kat amerika biar pun korang b’tonggeng tabalik kat sna tak sapa gi dah yng halang korang … (Khunza) lain crita tapi En. Miza ni sorang yng pondan (lelaki) nak tukar jantina….. En. Miza PLSS stop blaming our country’s rule or PM etc…. You want to be a woman since u’r a man… the better way for u is go abroad stay in a christian country so no one can stop you…. As long as you live in a muslim country no way to allowed you  for trans gender as you mentioned… I’m NOT backing you up, but I’m sick seeing your comments blaming all our head master, ulama etc… ko dah btul2x t’pesong dlm soal ni… Agama Islam adalah yng termudah, agama kita hanya m’mbimbing kita m’njadi hidup NORMAL ( yng mna halal yng mna haram)… secara logik la ko fikir, kalo dah lelaki d’jdikan pompuan pas tu pompuan djdkan lelaki korang tak keliru ke?…

  8. SangRia says:

    Kepada biah87…. Saya selama ni seboleh boleh cuba untuk menggunakan ayat yang berlapik bila mana saya harus menerangkan perkara sebernar mengenai isu ini. Tapi maaf, nampak gayanya dengan encik/cik/puan/manusia macam awak ni saya rasa sia sia kalau guna ayat berlapik. Pertama sekali, saya rase sedih sebab awak sungguh dangkal dan jahil dalam maksud perkataan yang lebih mudah awak paham ialah BODOH untuk memahami perkara ini. Awak cakap suruh org org mcm ni pegi duduk luar negara yang diperintah agama kristian supaya lebih senang hidup tunggang terbalik? Awak tahu tak ape awak cakap? Awak baru sahaja mengakui kelemahan tentang agama awak sendiri iaitu ISLAM, Hanya sebab awak bodoh dalam bidang bilogi dan ilmu agam awak bercakap sesuka hati dan suruh mereka ini (khunsa/maknyah/mukhannath) pergi ke negara yang dieprintah kristian. Ape maksudnya tu ya? Maksudnya agama kristian ADA penyelesaian yang lebih baik dari agama kita sendiri iaitu ISLAM? Awak mengaku awak ISLAM dan awak percaya ISLAM adalah sebaik baik agama tapi bila ada permasalahan mcm ni awak menganggapnya remeh dan suruh org org mcm ni pegi negara kristian. Awak sedar tak awak buat ape? Awak baru sahaja MENGATAKAN YANG AGAMA ISLAM TIDAK ADA PENYELESAIAN UNTUK PERKARA SEPERTI INI. Lidah awak seharusnya dipotong kerana berani bercakap sedemikian dan otak awak yang bodoh itu sepatutnya dilapah sebab begitu jahil tapi berani mengeluarkan fatwa dan pendapat!
     
    Betul agama islam itu agama yang mudah. MUDAH DALAM MENGURUSKAN TERTIB DI DALAM IBADAH DAN SOAL SOAL HUKUM HAKAM. Tapi bila ia melibatkan perihal dalam seseorang manusia itu, ia bukanlah mudah seperti yang disangka sebab tiada siapa yang lebih mengetahui tentang dalam diri seseorang itu selain dirinya sendiri! Awak bercakap dgn senang sebab awak dilahirkan bersifat NORMAL. Jadi bagi mereka yang tidak dilahirkan NORMAL nak buat apa? Bunuh diri? Awak mengaku Islam agama awak atapi awak bercakap seolah olah Islam itu adalah satu perkara yang berbeza dari PENCIPTANYA iaitu ALLAH. Bukankah setiap ciptaan ALLAH itu sememangnya sudah lengkap dan sempurna? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan sebagai KHUNSA atau MUKHANNATH bukankah DIA SUDAH LENGKAP DAN SEMPURNA??!
     
    Awak menidakkan hak seorang manusia yang lain hanya semata mata awak dilahirkan kononnya sempurna dan cukup sifat. Sedangkan hak seseorang manusia itu dengan Pneciptanya iaitu ALLAH SWT mempunyai jalan terus! Bila awak berdoa, awak perlu berjumpa imam atau ulama dulu ke untuk sampaikan doa awak pada ALLAH? Jadi kenapa pula bila seseorang manusia itu berasa dia berhak untuk menuntut apa yang dia patu dapat atau jadi, dan itu sememangnya ada dalam kitab awak pulak menafikannya? Sayang awak hidup di dunia ni kalau awak beribadat tapi awak bodoh dan jahil untuk memahami umat islam yang lain. Jangan hanya kerana awak ada alat kelamin yang nyata di bawah dan awak berpeluang untuk mencinta dan dicintai awak kufur nikmat dan tutp mata hati awak pada kelemahan dan kekurangan orang lain.
    Saya mintak awak mengucap balik sebab awak baru sahaja menidakkan keagungan ALLAH SWT dalam hal hal penciptaanNYA. DIA MAHA BESAR LAGI MAHA BERKUASA. DIA mampu menghidupkan dan mematikan. Jadi tidakkah DIA mampu untuk mencipta seseorang manusia itu dengan seperti apa jua yang DIA kehendaki mahupun manusia itu dicipta sebagai KHUNSA mahupun MAKNYAH atau MUKHANNATH??

    Saya berani bertakbir dengan nama ALLAH yang MAHA SUCI lagi MAHA MENGETAHUI akan seluruh alam ciptaannya DIA tahu apa DIA buat dan anda tidak kurang sama hinanya dengan kami semua yang telah diciptakanNYA!
     
    Wassalam

Leave a Reply