Derma RM2.2 Billion untuk Masjid, Surau
Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).
Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.
“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.
BHO Blog – bagus sangat, beruntung kerana tidak di belenggu sifat bakhil
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Agama











Comments (1)
Trackback URL | Comments RSS Feed
Sites That Link to this Post