Dewan diperbuat daripada botol plastik

TAIPEI – Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sini diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula.
Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern sejak hampir tiga tahun lalu.
Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.
“Belum pernah ada sesiapa di dunia membina dewan pameran yang diperbuat daripada botol,” kata pengarah urusan pemaju projek berkenaan, Arthur Huang.
Huang berkata, pihaknya akan menyumbangkan bangunan itu kepada Dewan Bandar Raya Taipei pada bulan depan untuk dijadikan bahan pameran pada satu pertunjukan bunga-bungaan.
Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itu dilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yang berfungsi seperti pendingin hawa. – Reuters
kredit : kosmo.com.my
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Berita, Luar Negara, Unik











kreatif tul diaorg ni.Kita kt cni pun xterpkir nk wt cmtu.Guna bhan2 terbuang..
Emm..cantik gak
Baik dikatakan kitar semula akan tapi kita tahu bahan plastik adalah bahan rapuh drpd haba.Oleh itu brapa lama ia boleh bertahan?
nice..
8) nice ideas!!!