Didenda RM700, curi baju dalam


Seorang pembantu makmal hari ini dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri sehelai seluar jeans dan dua helai baju dalam wanita di sebuah kompleks membeli belah di ibu negara, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan hukuman itu berjalan daripada tarikh tangkapan iaitu semalam.

Noraida Bahari, 36, ibu kepada dua orang anak masing-masing berusia 12 tahun dan 17 tahun didakwa mencuri seluar jenama Seed dan baju dalam jenama Audrey bernilai RM72.76, di Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada pukul 4.10 petang, 26 Okt 2011.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Terdahulu peguam dari Biro Bantuan Guaman, Muhammad Khairul Hafizi yang mewakili Noraida memohon supaya hukuman diringankan kerana tertuduh hanya berpendapatan RM1,800 sebulan dan perlu membantu suami menyara keluarga termasuk kedua ibu bapanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias. – Bernama

 

BHO Blog - Sangat memalukan bila terjadi perkara begini, ditahan kerana mencuri baju dalam!

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Wanita mengaku curi dalam surau
  2. Lelaki curi CD dipenjara 24 jam
  3. Lelaki curi barang kemas ibu saudara dijel tiga tahun
  4. Sorok 10 tin susu dalam baju
  5. Amah Indonesia curi pakaian majikan dipenjara 3 bulan
  6. 2 pelajar China mengaku curi produk kecantikan
  7. Jaga curi 9 senduk kena jel sehari
  8. Ibu curi untuk anak
  9. Calit minyak pada baju sebelum curi beg tangan
  10. 2 pengawal cuai lepaskan tembakan didenda

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah