Dilema tukar jantina
Sesiapa yang mahu menukar jantina mesti hidup sebagai ‘wanita’ sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

AKHIRNYA selepas dua jam menjalani pembedahan, penantian Punlop Thongchai untuk merealisasikan impiannya sewaktu kecil tercapai jua.
Kini, dia sudah boleh digelar wanita ‘sejati’ apabila pembedahan menukar jantina yang dilakukan di sebuah klinik di Bangkok berjalan lancar.
Penari kabaret berusia 27 tahun itu sempat bersembang dengan jururawat sepanjang menjalani pembedahan yang hanya melibatkan pemberian ubat pelali di bahagian alat sulitnya sahaja.
Membesar di Thailand, iaitu salah sebuah daripada negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia dalam kes transgender serta mempunyai teknik pantas mengubah jantina, semangat Punlop sentiasa berkobar-kobar. Dengan kos serendah AS$2,000 (RM6,743), Punlop kini bergelar wanita.
Bagaimanapun, keputusan kerajaan mengetatkan prosedur menukar jantina seperti membuktikan keadaan psikologi individu tersebut kuat ke arah wanita sebelum dibenarkan berbuat demikian menyukarkan individu seperti Punlop.
Ini kerana baru-baru ini, kerajaan memutuskan sesiapa yang mahu menukar jantina di Thailand mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.
Namun, Punlop menegaskan permintaan itu amat melampau dan terlalu sukar untuk dipenuhi.
“Sebenarnya ia tidak perlu. Saya benar-benar tidak mahu melalui proses tersebut, jadi saya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan,” katanya kepada AFP sebelum melakukan pembedahan pada awal November lalu.
Perubahan jantina diharamkan sepenuhnya di Thailand sebelum seseorang itu berusia 18 tahun dan bagi lelaki, mereka mestilah berusia di antara 18 hingga 20 tahun, selain mendapat persetujuan daripada ibu bapa.
Aktivis gay Thailand, Nathee Teerarojanapong berkata, perlindungan undang-undang secara sah amat penting untuk mengawal kes pertukaran jantina secara meluas di mana kemudian hari ia sering kali dikesali oleh mereka yang terlibat.
“Saya mendapat banyak panggilan di mana mereka mengakui kesilapan yang dilakukan kerana menjalani pembedahan menukar jantina.
“Ia satu kesilapan besar dan mereka mahu kembali seperti sediakala tetapi perkara ini sudah tidak boleh diubah. Mustahil untuk mereka kembali menjadi lelaki sejati,” tegasnya.

Sama seperti kesan psikologi terhadap perubahan jantina dan pemulihan selepas pembedahan, terdapat juga kesan sampingan daripada hormon yang harus diambil untuk mempercepatkan proses transformasi daripada lelaki kepada wanita. Ini termasuklah berpeluh pada waktu malam, keletihan, kenaikan berat badan, kehilangan otot lelaki dan libido.
Sehari sebelum pembedahan, Punlop memberitahu bahawa ketika masih kecil, dia gemar memakai pakaian wanita berbanding pakaian tradisional lelaki.
Justeru, menjelang usia 19 tahun, dia sudah mula mengambil pil hormon wanita dalam usaha untuk mengubah bentuk fizikal badannya.
“Saya tidak suka ‘bahagian tubuh’ ini kerana saya tidak menggunakannya,” kata Punlop sambil menunjukkan ke arah kemaluannya.
“Saya sendiri tidak tahu mengapa saya memilikinya. Jika saya mempunyai vagina, sudah tentu saya akan menggunakannya,”tambahnya.
Untuk mencapai impiannya, Punlop bertemu dengan Dr. Thep Vedusit, seorang pakar bedah di Bangkok yang mampu mengendalikan pembedahan pantas mengubah jantina tanpa penggunaan ubat bius yang biasa. Bagaimanapun, Thep percaya peraturan baru yang akan digubal boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang menukar jantina.
Ujar Thep, dia telah menjalankan lebih daripada 500 pembedahan perubahan jantina dan setiap minggu, dia mempunyai dua atau tiga kes. Separuh daripada jumlah itu terdiri daripada pelancong asing yang datang untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan undang-undang Thailand berhubung isu tersebut.
“Saya fikir pakar bedah boleh membuat keputusan siapakah transeksual. Setiap daripada mereka sudah mempunyai tekad yang tinggi untuk melakukan pembedahan dan saya tidak fikir pakar psikiatri memberi apa-apa faedah kepada mereka,” ujar Thep.
Pada hari pembedahan, Punlop berjalan masuk ke sebuah klinik yang terletak di sebatang jalan yang sibuk di Bangkok.

Tanpa sebarang solekan, Punlop yang berpakaian ringkas dengan dres tanpa lengan paras lutut, baju panas dan sandal diiringi masuk ke bilik pembedahan yang kecil dan suram. Dindingnya ditampal dengan helaian keratan akhbar mengenai bintang kabaret transeksual.
Thep mengambil satu jam lebih untuk ‘membentuk’ vagina menggunakan kulit organ genital lelaki miliknya. Punlop dibenarkan keluar pada hari yang sama selepas pembedahan dan dalam masa empat minggu, Thep telah menyempurnakan semua rawatan susulan yang ditetapkan ke atas Punlop.
“Ia tidak terlalu sakit. Saya boleh mengatasinya. Bagaimana perasaan saya sekarang? Sudah tentu saya amat gembira. Sepanjang hidup saya, inilah perubahan yang diinginkan. Ia impian saya sejak kecil lagi,” kata Punlop. – AFP
kredit : kosmo.com.my
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Berita











hmmm..parah jugak kisah tukar2 ni…mana pulak artikel kisah si fadli atau fatin yang tukar jantina, pas tu kawin pulak mat salleh kat oversea.nak jugak tau pa kisah di sebalik si fadli/fatin nie..cian kat famili die..kenapa tak publish pasal fadli kat online…
Kerajaan Iran membenarkan penukaran jantina, ulama’ mereka sepakat mengeluarkan fatwa untuk itu untuk megelakkan gejala social.
Kenapa Malaysia tidak demikian? Orang yang macam saya menghadapi dilema, sakit jiwa, tak tahu nak kata. Golongan kami dianggap gay walaupun gay dan transgender bukan perkara yang sama. Seorang gay mungkin lelaki biasa tapi bernafsu dengan lelaki. Golongan transgender pula lelaki yang menghidap GDS-Gender dysphoria syndrome atau GID-Gender identity disorder.
GDS merasakan diri mereka wanita, didalam minda dan perasaan. GID mempunyai kecacatan jantina. Mengapa pula kami digolong sebagai gay/homosex?
Kebanyakkan orang tak paham tapi cakap main lepas je, termasuklah golongan ugama, cakap tanpa ilmu. Apa yang mereka lakukan untuk selesaikan masalah? Balik2 kata dosa, salah guna ayat Quran dan Hadith, sedangkan diluar konteks.
hukum lelaki menyerupai wanita hanya untuk LELAKI menyerupai wanita. Golongan kami bukan lelaki lagi, digelar Mukhannath (GDS) dan Khunsa (GID).
Saya harap perkara ini selesai, Islam menyelesaikan masalah, bukan membuat masalah atau membiarkan masalah berlalu…Negara Iran telah pun maju dah berani melawan Amerika, tidak mahu masalah remeh seperti ini mengganggu, golongan ugama kita buat apa? makan gaji buta, bercakap tanpa ilmu.
Harap boleh beri artikel ttg Iran memberi dasar sedemikian.
Khunsa? Kan Islam membenarkan boleh memilih satu jantina berdasarkan yang ke arah satu mana person itu cenderung. Silalah rujuk kepada yang lebih pandai, jika sesuatu perkara tersebut dikata pasti berdasarkan nas2 KalamAllah dan Subah Rasulullah yang sahih. Saya pasti alim ulama mengatakan sesuatu bukan sesuka hati pendapat mereka sahaja. Boleh lihat vid terakhir di post ini sampai habis. Tiada hukum yang diletakkan sesuka hati sahaja.
Selamat menempuh dunia yang sementara ini buat bekalan ke akhirat kekal nanti
Saudara ini golongan istimewa yang hebat sebab dipilih Allah dengan ujian ini pasti ada hikmah.
Allahuakbar
Tengok kat web ni, dan banyak di you tube.
http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/the-ayatollah-and-the-transsexual-534482.html
http://dir.salon.com/story/news/feature/2005/07/28/iran_transsexuals/print.html
http://www.youtube.com/watch?v=-1E94v_pYXA
http://www.youtube.com/watch?v=4_cpAc8ertc
http://en.wikipedia.org/wiki/Mukhannathun
Jika benar-benar hendak mencari kebenaran, ada banyak caranya. Bukan sekadar membuka buku lama dan beri pandangan peribadi.
Perkara tukar jantina sudah heboh di dunia, dan ramai transsexual Islam mengikutinya. Di sebabkan tiada sluran rasmi ramai yang ikut melalui internet. Hanya ulama’ Malaysia je yang buta tak mengikut peredaran zaman.
Tiada hukum dalam Quran ataupun hadis kata tukar jantina salah. Paling kuat pun pasal Iblis kata dia akan arahkan orang tukar ciptaan/hukum tuhan. Dalil ni sangatlah lemah dan diluar konteks.
Tukar ciptaan tuhan haram? Lepas ni ulama’ jangan minum kopi, jangan makan nasi, jangan minum ais, jangan naik kereta, jangan naik bas, jangan tengok tv…jangan pakai baju pun…semua tu berubah dari sifat asalnya kepada benda-benda tersebut.
Hidup memang sementara, tapi hidup sementara ni biarlah bahagia. Dan berjuang. Untuk berjuang hendaklah stabil emosi, fizikal, dan kurang masalah. Masalah social melibatkan golongan saya ni salah satu sebabnya ialah tak bagi tukar. kalau bagi tukar tiada alasan nak buat maksiat.
kalau bagi tukar kami boleh hidup sebagai wanita, berkahwin dengan yang nak kawen dengan kami. Mengikut hukum sebagai wanita dan sebagainya…yang mana nak buat maksiat tu memang saje la, sebab dah bagi tukar lagi nak buat. Kalau nak tahu ramai tak dapat kerja yang bagus sebab IC kata lelaki tapi rupa perempuan. Nak tak nak ramai buat kerja haram walaupun ada degree…
Islam selesaikan masalah, bukan buat masalah dan bukan membiarkan masalah tanpa penyelesaian. mana lebih baik, bagi tukar ke tak bagi tukar? Itulah asas dalam buat hukum.
Hoho, memang deviated sangat dah ni. Kalau khunsa, silakan lah memilih berdasarkan pendapat syariat.
orang bodoh je yang tukar jantina ni langsung x bersyukur atas apa yang allah berikan kepada mereka nabi pon x mengaku umat so sape2 yang dah buat or yang nak jadi perempuan ke laki ke tanggung la sendiri dosa and jangan harap dapat bau syurga bodoh2 betol manusia akhir zaman ni haha
MIZA kalo ko nak tukar jantina, ko pergi la , jgn plak ko salahkan pada ulama dan sebagainya, mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ummat islam, kalo ko nak tersesat jln ko pergi buat la, ko kempen utk orang lain tu buat apa, kalo ko nak masuk neraka , silakan… jgn la ajak orang lain bersama ko, pada ulama kita, bertungkus lumus utk kesahjetaraan sesama islam, tapi ko tada guna utk ko mempertahankan keinginan ko sendiri.. ALLAH berikan kita akal dan fikiran utk berbuat yng mana baik yng mana buruk… kemodenan yng ada skrng kita gunakan utk memudahkan perjalanan hidup kita di dunia ini ke akhirat nanti, bukan utk mengubah ciptaan allah…Fikir la sendiri…. Al- Qur’an tak pernah dimodenkan isi kandungan nya….m’kin ko terlalu banyak mengikuti apa yng ada dlm internet, mengenai cerita ini, sbb itu ko berfikiran mcm tu, cuba ko layari bahagian agama… mungkin ko rasa bosan… begitu juga kami bosan utk mendengar cerita mu yng mengarut….Sya bukan la juga orang alim, yng suka bercerama, cuma sya ada keshukuran pada Allah….
1. Jika tukar ciptaan Allah itu haram, maka semua orang duduklah dalam gua ye, sebab semua benda berubah dari sifat asalnya. Nasi asalnya beras, beras asalnya padi…jadi semua orang makan padi la ye, jangan makan nasi. Haram makan nasi…tukar ciptaan tuhan….
2. Untuk kesejahteraan awam, tukar jantina la penyelesaiannya, kenapa semua orang sempit fikiran? Tak tengok jauh, hanya cakap berdasarkan sentiment, bukan ilmu.
3. Syukur? Ya saya bersyukur, siapa kata saya tak bersyukur? Habis tu kenapa semua orang berhias mengikut fesyen? Tak bersyukur ke dengan keadaan sindiri? Orang gemuk tak boleh la jadi kurus ye, sebab tak bersyukur jadi gemuk?
4. kenapa khunsa boleh “mengubah ciptaan tuhan” dengan memilih salah satu? Tak bersyukur ke dengan keadaan asal?
Hujah korang DANGKAL! Tak payah la pura-pura alim…baiklah gi perpustaakaan ke baca buku tambah ilmu…
Ooohhh… jadi MIZA ni terlalu banyak ilmu la ye… sehingga berfikiran nak ubah jantina…. kalo ko nak ko p la duduk dlm gua sbb ko punya ilmu dah terlebih, sehingga kerajaan Malaysia pun serta pada ulama-ulama kita pun tak boleh tandingi… Kalo ko nak mcm khunsa pergi la menjadi khunsa…. Namanya songsang bererti ada yng tak betul, kalo orang bersalin baru songsang, payah ibunya lahirkan dia …. lagi satu, pernah ke padi tu dikatan haram??? atau kan memang ko tak tahu apa benda tu HARAM dan apa tu HALAL ( Ibu/bapa ko pernah ajar ko tak tentang benda ni??) jgn plak ko ckp tak pernah, kalo tak pernah,… m’kin ini la kali pertama sya mendengarnya, bahawa ada orang seperti ini…. Pls dont say NONSENCE la, and stop saying bad words to our ULAMA maybe your brain a lot warm inside, so better you clear it up…. Maybe if you live at the time of jahilia much better because you are one of them….
Kelakar la encik blah ni, cakap merapu hehehe
Point saya simple je, dalam bahasa melayu lagi…
1. kalau ubah ciptaan tuhan tu haram, maka haram la segala-galanya. Nasi tu asalnya beras, beras tu asalnya padi. Padi tu bukan nasi ye tapi berubah jadi nasi, kita yang ubah padi jadi beras kemudian jadi nasi. UBAH CIPTAAN TUHAN yang semulajadi tu. Padi tak semula jadi jadi beras dan tak semulajadi jadi nasi!
2. Ais asalnya air, kita bubuh dalam peti ais lama2 jadi ais.Ais tu bukan sifat semulajadinya, KITA UBAH AIR JADI AIS.
3. Baju yang kita pakai asalnya kapas, kapas pulak asalnya dari pokok kapas. KITA UBAH KAPAS JADI BENANG KEMUDIAN JADI KAIN.
4. Semua yang kita pakai hari-hari DI UBAH DARI SIFAT ASALNYA DAN KITA YANG UBAH.
5. Jadi kalau ubah ciptaan tuhan tu HARAM MAKA HARAM LA SEGALA-GALANYA. Tahu tak aplikasi hukum? Macam tak tahu je…sama juga la macam hukum yang lain. Babi tu haram, apa je kaitan dengan babi adalah haram, sama juga dengan judi.
Sebab tu la dalam Islam tidak boleh nak kata haram itu ini sesuka hati, semua adalah HALAL melainkan dibuktikan haram. Itu kaedah buat hukum dalam ahli sunnah wal jama’ah. Sekarang BUKTIKAN tukar jantina haram!
Miza,siapa kata tak de bukti yang mengubah ciptaan Allah tu haram.kalau ko asyik dok rujuk bahan barat dan guna otak dan pemikiran ko yang ko rasa bagus sangat tu,memangla benda yang haram akan jadi halal.ini hadis bukti yang mengubah jantina tu haram.”drpd Anas b Abbas,Rasulullah SAW brsabda:Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”hadis ni ialah hadis sahih so ko tak payah la brdolak dalik lagi dan x payah nak salahkan ulama.kalau ko tak tahu cara ulama mengeluarkan hukum.ko x yah la komen yang macam ko nie tahu semuanya.sebelum ko nak kutuk ulama,ko pergilah belajar syariah islam.dalam tu ada menunjukkan cara ulama mengeluarkan hukum.semuanya perpandukan ayat Al-Quran dan hadis dan membuktikan ulama x keluarkan hukum ikut suka hati mereka je macam yang ko cakap.ko tu yang x belajar btul2 so jangan salahkan ulama.dalam Al-Quran juga ada dinyatakan,ulama adlh pengganti para nabi.sesipa yang menghina ulama,samalah seperti menghina nabi.so ko pikir la sndiri.kalo ko masih nak salah kan ulama,ko nie dh murtad taw x?seblum tpesong lagi jauh,baik la bristigfar dan brtaubat.Nabi juga brsabda:ssiapa yang menukar jantina,di hari akhirat kelak Nabi x mengaku umat!so…..apa yang ko tak puas ati lagi?dah jelaskan tukar jantina tu haram!kalo ko nak kebenaran yang betul2 kebenaran,ko tu kenalah la kaji Al-Quran dan hadis.jangan la dok ikut pemikiran ko tu je.dan bukan kami yang menyempitkan otak kami,ko yang menyempitkan otak kau.ko x nak trima kbnaran yang haram tukar jantina sbb ko nak tukar.so ko bagi mcm2 alasan yang boleh dikatakan sangat bodoh dan langsung tidok boleh diterima pakai.ko nak yang orang semua kata yang ko tu betul.
salam hormat buat saudara/saudari,
janganlah sesama kita bertelagah pendapat sehingga menghina sesama sendiri. hormatilah ruangan komen pendapat ini secara berhemah walaupun kita kurang ilmu dalam tajuk yang berkaitan.
1. manusia lahir ke dunia seperti kain yang putih. amanah kepada penjaganya mencorakkan warna ke atas kain yang putih bersih tsb. namun, tiada dipinta lahirnya sedemikian hanya allah swt maha mengetahui segala sesuatu.
2. masyarakat berilmu tidak mudah untuk membenci apatah lagi menghina sesuatu golongan atas kekurangan atau yang tidak normal kejadiannya. kita harus menghormati antara satu sama lain apatah lagi sesama seagama. banyak lagi bahasa yang tidak menyinggung perasaan boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu penjelasan.
3. marilah kita renungkan dilema yang berstatus saudara tetapi lebih bersifat spt saudari. apakah kesudahan nasib yang bergelar saudarari ini? mereka juga dianugerahkan fitrah dan nafsu dan inginkan perkahwinan spt insan2 yang lain mengikut syarak. apakah diskriminasi masyarakat menjuruskan mereka ini ke lembah kehinaan atau hawa nafsu iblis yang menyesatkan atau alternatif cari makan dengan melepaskan nafsu fitrah secara maksiat? apakah mereka bisa merubah menjadi kaum saudara yang jati sedangkan sifat yang semulajadinya lebih kpd kewanitaan. apakah mereka mampu menyempurnakan tanggungjawab seorang lelaki kepada isteri pabila berkahwin kelak sekiranya mereka tidak berkemampuan memberi nafkah batin kpd sang isteri serta melakukan kerja-kerja lelaki sejati yang dituntut?
4. kepada saudarari jugak jangan cepat amarah serta merendah2kan ulama negara dalam hal ini. berilah ruang untuk majlis fatwa membuat mesyuwarah atas kajiselidik semasa serta membuat pertimbangan yang wajar kerana negara kita dan negara iran tentunya berbeza mazhab. namun yang demikian insyaalah mereka akan dapat memberikan penjelasan yang dapat menyelesaikan permasalahan dari masa ke semasa. Allah swt lebih mengetahui buruk dan baiknya setiap kejadian.
5. pendapat saya yang jahil, sekiranya niat yang baik, dengan usaha yang baik, untuk tujuan ke arah kebaikan, insyaalah, allah swt akan membantu saudarari ke jalan kebenaran dengan hikmah serta karamahNya. wallahualam.
sangat kasihan dengan topik ni. ampunilah mereka ya Tuhan, mereka tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan!
jadi lelaki lah best….tak payah nak beranak…!!!..semai benih jer..hehehe….
admin jangan marah ya……
uhuii~
x dgar ceramah ke?
khunsa bleh tkar jantina tp kena confirm dia punya jantina yg sebenar(ada caranya, sy ada dgar ustaz bgitau) khunsa tkar jantina sbb tkut menyebabkan kekeliruan..lgi satu! beras tu utk d makan(jd nasi) mmg kena tukar(masak)! awk nk mkan beras mentah ke? so awk yg asal dia laki/pompuan yg sempurna sifatnya (Bkan khunsa) x yah nk sibok2 tkar jantina! lelakiXperempuan bkannya lelakiXlelaki@perempuanXperempuan
renung2kanlah yek! skrg dh byk artikel utk menerangkan msalah ni!! rajin2lah membaca
aku bersyukur dengan apa yang ALLAH telah beri…
hrmm..miza ni, kang cakap bangang marah lak, awak tu manusia, beragama islam, yang pergi banding ngn padi la babi la pe jadahnya.. hahahh.. ingt ye syg, kite nanti akan dihisab oleh ALLAH di padang mahsyar nanti, padi ke babi ke x dihisab ye, dia tu TUMBUHAN dan HAIWAN yang xde akal fikiran macam awak … blk kang sembahyang 5 waktu baca quran ke, insyaalah anda akan terhindar dari godaan syaitan laknatullah yerrr..