Direktori halal untuk edaran seluruh negara

June 25, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,000 naskhah pertama Direktori Pengeksport Produk dan Perkhidmatan Halal Malaysia 2010-2011 akan diedarkan kepada syarikat asing di seluruh dunia bagi mempromosikan industri halal negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, direktori tersebut akan diedar secara percuma melalui rangkaian 40 pejabat Perdagangan Luar Negara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) seluruh dunia dan melalui pelbagai acara dagangan antarabangsa yang diadakan.

Menurutnya, direktori itu merupakan sumber maklumat yang berharga bagi syarikat antarabangsa yang berminat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan halal tempatan yang diiktiraf daripada pihak berkuasa negara ini.

“Bukan sahaja ia mampu meluaskan lagi perniagaan eksport syarikat tempatan, direktori ini juga mempromosikan halal Malaysia secara global,” katanya pada majlis pelancaran Direktori Pengeksport Produk dan Perkhidmatan Halal Malaysia yang diadakan sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2010 (MIHAS 2010) di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply