Diskaun tol Smart 20 sen
KUALA LUMPUR: Lebuhraya Stormwater Management and Road Tunnel (Smart) menawarkan diskaun 20 sen esok sempena perayaan Krismas.
Pengurus Besar Smart, Mohd Fuad Kamal Ariffin, berkata diskaun itu sebagai tanda penghargaan pihak pengurusan Smart kepada pengguna lebuh raya berkenaan. “Ini komitmen sosial dan tanda penghargaan syarikat kami kepada semua pengguna lebuh raya kami. “Pemberian diskaun ini juga bersesuaian buat warga Kuala Lumpur yang akan keluar untuk membeli-belah di pusat bandar raya sebagai persiapan persekolahan anak menjelang tahun baru 2011,” katanya. Beliau berkata, diskaun bermula dari jam 12.01 tengah malam hingga 11.59 tengah malam pada hari sama dengan kadar tol RM 1.80 berbanding kadar biasa iaitu RM2.
Sumber : Harian Metro










