Dua premis urut gay diserbu polis

May 21, 2010 | By | 5 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



SEBAHAGIAN daripada pekerja dan pelanggan di dua buah pusat urut gay di Taman Miharja, Kuala Lumpur yang ditahan kelmarin.


KUALA LUMPUR – Taktik dua premis urut golongan gay yang menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu kaca berkod untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu terbongkar apabila ia diserbu di Jalan 4/93, Taman Miharja di sini kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini, kedua-dua premis yang beroperasi tanpa lesen sejak lima tahun lalu itu telah tiga kali diserbu.

Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, dalam serbuan di premis pertama pada pukul 9.30 malam, polis menahan seorang pemilik premis itu, 18 pelanggan lelaki termasuk seorang yang berpakaian wanita serta 21 pekerja.

Menurut beliau, siasatan mendapati pekerja di situ akan melakukan urutan di seluruh badan termasuk alat sulit pelanggan dan dipercayai akan melakukan seks luar tabii jika diminta pelanggan berdasarkan penemuan beberapa kondom yang telah digunakan di situ.

“Kita berjaya menahan lapan pekerja iaitu seorang warga China, dua Thailand, tiga Myanmar, seorang Iran, seorang India dan lima pelanggan dalam serbuan di premis pertama.

“Dalam serbuan di premis kedua pula, polis menahan seorang pemilik, 13 lelaki pekerja asing iaitu Indonesia dan Thailand serta 13 pelanggan lelaki,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. sha says:

    astagfirullah alahzim …. pe yg mrk fikir tu … giler dh ker ….

  2. dannyana says:

    muntah darah seh!!!!

  3. anak melayu says:

    :mrgreen: apalah rasanya buat dgn llaki… bodoh mcm kerbau….:mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
     
    ppuan kan ramai….. :-) :mrgreen:

  4. putra wins says:

    anak sape lah..yg buat kerja terkutuk tu…giler….

Leave a Reply