
JAKARTA – Buat pertama kali, lagu Negaraku berkumandang di bumi Jakarta apabila atlet karate, Shaharudin Jamaludin menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA 2011 semalam.
Lebih manis, Shaharudin berjaya menebus kekecewaan kakaknya, Jamalliah yang gagal menyumbang pingat emas pertama Malaysia kelmarin selepas hanya mampu menyumbang gangsa.
Pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan kali ini yang diadakan di dua venue – Jakarta dan Palembang telah disumbangkan oleh penembak wanita negara, Nur Suryani Ahmad Taibi di Lapang Menembak, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang kelmarin.
Pada saingan akhir kategori kumite bawah 75 kilogram lelaki di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam, Shaharudin mengesahkan pingat emas menjadi miliknya apabila membenam cabaran atlet Vietnam, Nguyen Minh Phung dengan kiraan mata 5-2.
Sebelum itu, Shaharudin tampil bergaya apabila menyingkirkan atlet Thailand, Songwut Muntaen 9-1 di peringkat suku akhir sebelum menang 5-2 ke atas atlet Filipina, Mondolu Christo pada aksi separuh akhir.
Sejurus selepas disahkan sebagai pemenang, Shaharudin dilihat bersujud seketika di tengah gelanggang sebelum dia menjerit kegembiraan bagi meraikan kejayaannya itu.
“Emas yang saya menangi hari ini (semalam) untuk keluarga saya. Saya cukup bangga dan gembira kerana selepas beraksi dalam tiga Sukan SEA, kali ini saya berjaya meraih pingat emas.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya, barisan jrulatih, pengurus dan rakan-rakan sepasukan yang selama ini banyak memberi sokongan kepada saya.
“Saya mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka termasuk rakyat Malaysia yang sentiasa menantikan detik-detik sebegini,” jelas Shaharudin semalam.
Mengulas kembali perhitungan dengan Minh Phung, Shaharudin berkata, dia tampil dengan keyakinan yang tinggi selepas merakamkan kemenangan ke atas atlet Vietnam itu dalam kesemua empat pertemuan mereka sebelum ini.
“Selain rekod pertemuan saya dengan Ming Phung, saya juga menjadikan kegagalan Jamalliah semalam (kelmarin) sebagai motivasi tambahan untuk memburu kejayaan hari ini (semalam).
credit: Kosmo! Online
————————————————————————————————————————————————————————————————
Tahniah!
Carian BHO
- sukan sea 2011 karate
- SEA GAMES KARATE2011
- atlet karate
- karate sukan sea 2011
- karate do malaysia sukan sea
- berita sea games karate 2011
- berita mengenai pelawanan sofbol
- shaharudin atlet karate
- sukan sea 2011 softball
- sukan sea 2011 pingat emas karate
- shsharudin jamaludin vs pingat pertma emas malaysia
- shaharudin karate
- sukan si karate
- sea games updates
- malaysian karate sukan sea winners
- maksud sukan karate
- komplik media si sukan sea
- keputusan perlawanan sofbol sukan sea 2011
- jadual perlawanan softball sukan sea 2011
- berita Harian/sukan/sea
- target malaysia emas sukan sea 2011
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Emas pertama karate menjelma
- Peluang buru tiket Sukan SEA 2011
- Sazali raih emas di Sukan Pantai Asia
- Jaguh karate negara terima ganjaran
- Karate gangsa, bola sepak tumbang
- “LIVE” Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia vs Singapura di TV1
- Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia vs Singapura
- Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia vs Thailand
- Puvaneswaran ikon sukan negara
- Tiga sukan baru dalam RTL 2012