Empat perompak acu parang di leher tiga beranak

June 3, 2012 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


GOMBAK: Tiga beranak menempuh detik cemas apabila kedua-dua tangan dan kaki diikat serta mata ditutup kain, selain diacu parang panjang di leher, selepas empat perompak memasuki rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, bekas pensyarah berusia 60 tahun dikatakan sedang tidur bersama isteri di tingkat atas, terkejut mendengar bunyi pintu ditendang di tingkat bawah sebelum bergegas turun melihatnya.

Sebaik tiba di tingkat bawah, mangsa diacukan parang oleh empat lelaki memakai topeng muka yang bersenjatakan parang dan pisau, dipercayai warga Indonesia sebelum diarahkan naik ke tingkat atas.

Isteri mangsa berusia 60 tahun dan anak perempuannya berusia 23 yang berada di tingkat atas turut dikejutkan perompak berkenaan sebelum semua mereka diikat dan diletakkan dalam satu bilik.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, tiga beranak berkenaan ditempatkan di sebuah bilik dan seorang daripada mereka mengacukan parang ke arah mangsa sambil mengarahkan mereka diam jika tidak mahu dicederakan.

“Manakala, tiga perompak lain bertindak menggeledah dan mencari barang berharga di kediaman itu hampir 30 minit sebelum menemui barang kemas, wang tunai dan pelbagai peralatan lain termasuk komputer riba dan telefon bimbit.

“Sebaik berjaya mendapatkan barangan berkenaan, keempat-empat suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kerugian hampir RM120,000, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Abdul Rahim berkata, susulan kejadian itu, polis menahan empat lelaki warga Indonesia berusia 20-an di sekitar kawasan berkenaan beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, suspek berkenaan yang bekerja sebagai buruh dipercayai sudah melakukan rompakan di tiga rumah di kawasan itu dalam tempoh seminggu.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan dan semua suspek ditahan reman seminggu mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Credit – bharian.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply