Facebook : Israel menceroboh maklumat orang ramai
DUBAI – Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi
mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.
Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis. Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan
sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak
pemikiran mereka.
Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv, manakala duta
Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat
sulit sedia ada kepada pihak musuh.
Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti
Provence, Gerrard Niroux. “Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta
ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab,
terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan
Amerika Latin,” katanya.
Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita
kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan
golongan itu. (MRD)
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Berita, Luar Negara, Warning











Sememangnya dunia dah tahu kejahatan dan kelicikan Israel ni untuk memusnahkan Islam terutamanya negara-negara Arab,tapi dorang buat-buat bodo macam Israel ni kawan baik mereka,tak berani ambil tindakan,walaupun jelas Israel membunuh,menyerang negara, tamak kuasa dan membolot ekonomi dunia..
Aku dah cakap…..Facebook,Friendster, dan lain2 tu…
Semua ni adalah muslihat Israel – Yahudi nak melemahkan dan mendedahkan maklumat orang2 Islam supaya mereka boleh menguasai orang Islam suatu hari nanti.
dorang tetap akan kalah…tu dah satu janji yang pasti berlaku…hahah….