FAM siap sedia perangi rasuah yang berlaku

February 1, 2012 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan Dasar 3E – Education (pendidikan), Engagement (perhubungan) dan Enforcement (penguatkuasaan) bagi memerangi gejala rasuah yang kini berlaku dalam arena bola sepak negara.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) bertitah, dengan pengenalan konsep itu secara tidak langsung diharapkan dapat membanteras gejala tidak bermoral itu.

“Dengan Konsep 3E, ia diharapkan dapat membendung gejala rasuah yang dilihat semakin serius ketika ini.

“Saya tidak mahu skandal rasuah yang berlaku pada tahun 1994 kembali berulang seterusnya mencemarkan liga tempatan yang kini dilihat semakin positif.

“Kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) amat diperlukan bagi menyelesaikan gejala rasuah ini dengan lebih efektif.

“FAM akan menubuhkan Unit Pemantauan Ketelusan dan Penyelarasan dengan dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat.

“Saya berharap kesemua pemain dan pegawai pasukan perlu berfikir dengan lebih profesional sebelum terjebak dengan rasuah,” ujar Tengku Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas FAM bagi menangani isu rasuah dalam Liga Malaysia (Liga-M) semalam.

Baginda mengadakan mesyuarat tersebut bersama wakil dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Micheal Pried di Shahzan House, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan dan Pengarah Bahagian Risikan SPRM, Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Tengku Abdullah menegaskan, FAM bersedia untuk menyingkirkan mana-mana pasukan yang gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Baginda turut merumuskan bahawa tunggakan gaji pemain dan pegawai antara faktor utama berlaku gejala rasuah.

“FAM tidak berniat untuk menuduh mana-mana pasukan (berhubung isu masalah tunggakan gaji) tetapi (FAM) akan pantau perkara ini,” titah baginda.

“Sekiranya pasukan tersebut gagal berbuat demikian pada bulan pertama dan kedua, FAM akan mengeluarkan amaran awal dengan memberikan kad kuning pertama dan kedua kepada mereka.

“Jika gagal menyelesaikan tunggakan gaji selama tiga bulan, FAM akan memberikan kad merah, seterusnya pasukan ini akan disingkirkan daripada mana-mana kejohanan atau liga di bawah naungan FAM.”

Credit – Kosmo! Online

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply