Berita Harian Online

Dondang sayang etnik Melaka
KEPADA mereka yang pernah menyaksikan persembahan dondang sayang di Melaka tentu terpegun dengan kebolehan pelbagai etnik di negeri itu mendendangkan lagu warisan tersebut dengan baik.

Bukan penyanyi Melayu saja petah berpantun secara sepontan malah masyarakat Baba Nyonya, Portugis dan Chitti juga membuktikan bakat mereka.

Dondang sayang ialah satu bentuk hiburan masyarakat Melayu bersama kaum lain. Hiburan itu menuntut mereka berbalas pantun secara spontan dalam gaya santai dan kadangkala melucukan.

Dondang sayang wujud di Melaka sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut sejarah, pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian itu dipersembah untuk menghiburkan tetamu dan pedagang-pedangan yang singgah di Melaka.

Penyanyi biasanya diiringi oleh alat-alat muzik seperti biola, rebana, tetawak iaitu sejenis gong, akordian dan dibantu dengan alat muzik lain seperti tabla.

Baru-baru ini, orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan dondang sayang oleh pelbagai etnik di atas satu pentas pada program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka yang diadakan di dataran Klebang, Melaka.

Acara itu anjuran bersama kerajaan Melaka dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

NYONYA TAN (dua dari kanan) dan Abas Katan (kiri) bersama rakan seperjuanganya membuat persembahan lagu dondang sayang.

Menurut tokoh dondang sayang, Abas Katan, 63, kekuatan dondang sayang terletak kepada kebolehan seseorang penyanyi itu berbalas pantun secara spontan.

“Dondang sayang ini kekuatan terletak pada pantun. Pantun itu pula banyak jenis antaranya ialah kiasan, kasih, budi dan sindiran,” katanya ketika ditemui.

Abas, yang pernah dinobatkan tiga kali juara pertandingan dondang sayang peringkat negeri dan sekali sebagai naib juara peringkat kebangsaan berkata, hanya pantun empat kerat digunakan dan beliau mampu menguasai lebih 300 pantun.

“Dondang sayang ini bukan kata kita ikut lagu lama, cuma iramanya lama, kemudian kita jadikan rentak baru, kalau dulu kita dengar dondang sayang lemah gemalai, lentoknya iaitu lagu asli tetapi sekarang kita tambah rentak inang, zapin, mambo dan joget,” katanya.

Era kegemilangan

Beliau berkata, dondang sayang juga dinyanyikan oleh penduduk Singapura dan Indonesia terutama di Sumatera, tetapi yang membezakan dondang sayang Melaka dengan tempat lain ialah lenggok dan loghat penyanyi itu.

Abas yang aktif berdondang sayang sejak umurnya 20 tahun dan mengetuai Kumpulan Dondang Sayang Hiasan Budaya berkata, beliau pernah membuat persembahan bersama penyanyi kaum Baba Nyonya dan Chitti di atas satu pentas.

“Kami (Melayu) menyanyi bercampur antara masyarakat Baba Nyonya dan Chitti dalam satu majlis berdendang dondang sayang dalam satu irama, dia dengan loghat dia, kami dengan loghat kami,” katanya.

Tambah Abas, pada masa dahulu persembahan dondang sayang sering menjadi pilihan untuk memeriahkan majlis-majlis perkahwinan. Ada yang bermula selepas waktu solat maghrib hingga masuk waktu subuh.

Abas sendiri pernah menyertai persembahan dondang sayang 24 jam tanpa henti di Pantai Puteri pada 2007 yang melibatkan lapan kumpulan.

Bagi Nyonya Tan Abdullah, 60, dondang sayang memang sinonim dengan masyarakat Baba Nyonya. Ia mungkin ada kaitan dengan hasil perkahwinan campur pada zaman dahulu.

MELAKA bukan saja terkenal dengan destinasi pelancongan bahkan budaya pelbagai etnik.

Melibatkan diri sejak berusia 19 tahun, nama Nyonya Tan sentiasa bermain di bibir peminat dondang sayang terutama ketika era kegemilangan dondang sayang sekitar 1970-an dan 1980-an.

Pesara POS Malaysia itu pernah meraih johan peringkat kebangsaan Pertandingan Dendang Rakyat dan sering menjadi johan pertandingan peringkat negeri sekitar 70-an dan 80-an.

Beliau yang kini aktif dengan lagu warisan Melaka pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penggerak Budaya Negeri Melaka (2003), Anugerah Penyanyi Sepanjang Zaman daripada Persatuan Penyanyi-penyanyi Tanah Air (Papita/2006) dan dianugerahkan bintang dan pingat kebesaran oleh kerajaan negeri Melaka.

Nyonya Tan diundang membuat persembahan selama dua minggu bermula 4 April 2008 untuk tontonan para perwakilan 21 negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang bersidang di Paris, ketika Melaka melobi untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia.

“Saya mewakili etnik warisan Baba Nyonya dan warisan budaya dondang sayang negeri Melaka…dondang sayang ialah satu warisan budaya negeri Melaka,” katanya.

Pengiktirafan Melaka dan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO diumumkan pada Julai 2008 selepas 21 negara anggota UNESCO yang menghadiri Mesyuarat Ahli Warisan Dunia Ke-32 di Quebec City, Kanada memutuskan untuk memilih kedua-dua bandar itu.

Nyonya Tan terpikat dengan dondang sayang selepas sering menonton persembahan penyanyi veteran ketika itu yang pandai berpantun secara spontan dan mencuit hati.

ABAS KATAN (duduk paling kanan) bersama barisan asal ahli Kumpulan Dondang Sayang Hiasan Budaya.

“Masa saya muda-muda dulu, kita tengok veteran menyanyi pantun spontan, pantun dia boleh mencuit hati penonton boleh jadi hiburan, daripada pantun dia boleh menyindir orang, boleh ajak orang berkasih, daripada pantun itu juga orang yang datang menonton dengan penyanyi boleh tersangkut hati dan terus kahwin,” katanya.

Beliau berkata, seiring dengan perubahan masa dondang sayang juga mengalami perubahan dari segi muzik yang dianggap lembik oleh generasi muda kepada rentak rancak seperti mambo, inang dan joget tetapi mengekalkan melodi aslinya.

“Inilah yang menarik minat anak-anak muda sekarang terhadap persembahan dondang sayang. Kita tidak mahu satu masa nanti dondang sayang warisan budaya jati negeri Melaka tinggal nama,” katanya.

Bakat beliau itu kini tumpah kepada dua anaknya Hairul Asraf Abu Hussain, 27, dan Hidayu Murni, 24.

Dua beradik itu pernah menggondol juara beberapa pertandingan dondang sayang peringkat kebangsaan dan negeri.

Nyonya Tan yang turut menjadi tenaga pengajar mencungkil bakat baru berkata, untuk menjadi penyanyi yang baik, seseorang itu perlu menyertai bengkel, banyak berlatih dan mengadakan persembahan pentas.

“Kalau setakat berpantun, ramai boleh berpantun tetapi pantun yang berkualiti itu payah, pantun yang berkualiti pembayangnya mesti ada sangkut paut antara baris satu dengan baris kedua serta ada makna,” katanya.

Generasi ketujuh

Bagi K. Arunasalam Pillay, 50, dondang sayang sememangnya tidak asing bagi masyarakat Chitti Melaka. Nama seperti Meenachi ialah tokoh yang pandai berpantun.

Arunasalam merupakan generasi ketujuh masyarakat Chitti, bersama isteri K. Vimala Devi, 42, anak lelakinya Pavithran Pillay, 12, dan anak perempuan mereka Savithri Pillay, 7, giat mengembangkan minat dan bakat mereka dalam persembahan dondang sayang.

ABAS KATAN mampu menguasai lebih 300 buah pantun.

Beliau berkata, masyarakatnya merupakan India peranakan yang berketurunan daripadapedagang India yang datang dari Koromandel, selatan India.

“Masyarakat Chitti mengamalkan kepercayaan Hindu tetapi menjalani kehidupan harian seperti kaum Melayu dari segi pakaian, makanan dan lain-lain,” katanya ketika ditemui di Kampung Chitti, Jalan Gajah Berang.

Pada masa ini, terdapat 30 buah keluarga mendiami kampung itu yang wujud sejak kurun ke-15. Istimewanya, mereka masih mengamalkan budaya Melayu tradisional.

Mereka juga fasih bertutur bahasa Melayu tetapi berpegang kuat kepada ajaran agama Hindu.

Arunasalam, seorang peniaga dan isteri yang giat mempromosi seni budaya masyarakatnya akan terus mempopularkan dondang sayang agar tidak pupus dalam masyarakat Chitti.

“Kehidupan masyarakat dahulu di persekitaran orang Melayu membuatkan orang Chitti juga pandai berpantun, sekali gus boleh menyanyi dondang sayang,” katanya yang mengakui tidak ramai masyarakat Chitti yang boleh berdondang sayang dengan baik.

Melihat Arunasalam berjoget bersama isteri sambil berbalas pantun, persembahan mereka cukup mempersonakan apatah lagi dengan memakai pakaian tradisi masyarakat Chitti. – Bernama

kredit : kosmo.com.my

Bukan mudah tubuhkan OTM
MICHAEL Jackson dan gambus? Kedengaran agak janggal, tetapi tiada yang mustahil bagi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dalam merealisasikannya.

Pertama kali menyaksikan persembahan OTM pada konsert pelancaran orkestra tersebut 5 Februari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya cukup membuka mata.

Siapa sangka, orkestra yang dianggotai seramai 86 pemuzik itu mampu mempersembahkan lagu-lagu terkini menggunakan peralatan muzik yang lazimnya hanya mengiringi persembahan bersifat kebudayaan dan klasik.

Tiada gesekan biola, gitar, drum dan alat muzik moden yang lain. Sebaliknya pada persembahan julung kali itu, ia digantikan dengan gambus, kompang, erhu, sitar dan pelbagai alat muzik tradisional lain yang ada di antaranya mungkin tidak ramai yang mengetahui namanya.

Mempersembahkan lagu-lagu seperti Gadis Melayu, Pattu Padava, Babola, Moon Song, Kehebatan Cinta, Seri Mersing, The Phantom Of The Opera, medley lagu Michael Jackson, lagu-lagu ASEAN seperti Sebai sebai, Adai adai, Di Tanjung Katong, Begawan Solo, Dahil Sayo serta Puteri Santubong dan Gunung Kinabalu membuktikan kehebatan orkestra yang diketuai oleh konduktor orkestra, Mohd. Yazid Zakaria.

Yazid yang berpengalaman 17 tahun dalam bidang muzik cukup gembira apabila orkestra tradisional yang dibayangkan hanya dalam minda sejak beberapa tahun itu menjadi realiti apabila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberi sokongan yang padu dalam usaha memartabatkan muzik tradisional Malaysia.

Menurutnya, perjalanan untuk menubuhkan sebuah orkestra tradisional bukan satu perkara yang mudah. Semuanya bermula apabila pihak kementerian membuat kajian muzik di Korea Selatan yang mana negara tersebut cukup terkenal dengan orkestra tradisional mereka.

Menggunakan konsep yang serupa, perkara itu dibawa ke Malaysia dengan harapan memperkenalkan muzik tradisional kepada rakyat Malaysia sendiri sebelum mengharumkan orkestra tersebut ke peringkat antarabangsa.

REBAB cukup sinonim dengan  persembahan main puteri atau makyung.

“Jika tidak mahu alat muzik tradisional pupus dan menimbulkan minat generasi muda, inilah cara yang terbaik. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.

“Bila kanak-kanak dan remaja kenal alat muzik dan tahu cara untuk memainkannya ia akan menimbulkan keseronokan yang akhirnya memelihara alat muzik tradisional dari hilang ditelan zaman,” ujar Yazid.

Katanya lagi, untuk merakyatkan muzik tradisional bukan satu perkara yang mustahil jika perkara tersebut mendapat sokongan daripada semua pihak dan kerajaan.

Caranya cukup mudah, harus diperkenalkan pada peringkat sekolah dan universiti.

“Kita boleh jalinkan kerjasama dengan pihak sekolah dan universiti. Setakat ini sudah ada beberapa universiti yang berminat untuk bekerjasama.

“Selain itu, OTM akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Malaysia dan perkara itu masih dalam peringkat perbincangan. Jika kita bawa orkestra ini ke luar negara saya amat pasti, OTM akan mendapat sambutan yang hangat kerana orang luar amat menghargai muzik seperti ini.

“Tetapi sebelum memartabatkan muzik tradisional di luar, perkara pertama yang perlu dijayakan ialah memperkenalkan muzik tradisional Malaysia kepada rakyat Malaysia sendiri.

“Tiada gunanya OTM dikenali di luar negara tetapi tidak di negara sendiri,” ujarnya yang menjelaskan muzik tradisional bukan muzik kelas kedua tetapi itulah yang difikirkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Hanyut

BERGERAK seiring peredaran zaman, Orkestra Tradisional Malaysia mampu memainkan lagu-lagu moden tidak terkecuali dari Barat.

Meskipun mendapat sokongan padu kerajaan, hakikatnya bukan mudah untuk menyatukan kesemua alat muzik tradisional Malaysia dalam satu orkestra dan memastikannya mengeluarkan melodi yang indah.

Kajian dan penelitian harus dilakukan sebelum memutuskan satu-satu alat muzik itu sesuai untuk digabungkan bersama alat muzik tradisional yang lain.

Dalam orkestra, ia terbahagi kepada lima kumpulan atau seksyen. Pertama, alat bertali yang digesek, seperti erhu dan gaohu. Kedua, alat bertali yang dipetik seperti gambus, sitar, pipa dan sape. Ketiga, alat bergong seperti gamelan dan caklempong. Keempat, alat bertiup antaranya, seruling dan serunai. Kelima adalah alat perkusi seperti geduk.

“Pemilihan alat muzik berdasarkan seksyen adalah melalui perhatian saya dan perbincangan bersama ahli orkestra OTM sendiri.

“Setiap pemuzik yang bersama OTM telah di ujibakat terlebih dahulu sebelum mereka layak berada dalam orkestra ini,” ungkapnya tentang kualiti yang dibentuk dalam OTM.

Bercerita lanjut tentang OTM yang mula ditubuhkan hampir dua tahun yang lalu, Yazid memberitahu gubahan lagu untuk OTM juga amat berbeza dari orkestra biasa.

“Sebenarnya untuk membuat gubahan lagu, kebanyakannya dibuat melalui kajian. Orkestra seperti ini merupakan yang pertama di Malaysia, jadi kami masih tidak tahu karakter sesebuah alat muzik. Kajian yang dibuat tidak lama sangat, hanya dalam masa setahun.

“Kami banyak buat gubahan lagu yang dirasakan sesuai dengan OTM. Tetapi kami masih belum berada di tahap yang dikatakan selesa dan sempurna kerana kami masih mencuba mencari yang terbaik,” luahnya.

Uniknya OTM, menggabungkan hampir kesemua alat muzik pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia dan dimainkan oleh pemuzik yang juga terdiri daripada pelbagai kaum serta etnik.

Boleh dikatakan OTM mengumpulkan semangat 1Malaysia yang sebenar.

“Buat permulaan, peralatan muzik tradisional sesuatu kaum masih dimainkan oleh kaum itu sendiri seperti kompang dimainkan oleh orang Melayu, sitar oleh orang India dan erhu oleh orang Cina.

“Saya ingin sangat lihat alat-alat muzik tradisional sesuatu kaum turut dimainkan oleh kaum dan etnik yang lain.

“Dalam erti kata lain, kompang dan gambus dimain oleh orang Cina atau India dan begitu sebaliknya. Perkara ini masih dalam proses sebab itu kerajaan mewujudkan OTM,” katanya yang berharap dapat membawa OTM ke serata dunia.

Luar negara

KEBANGGAAN orang Sarawak. Sape dimainkan dengan memetik jari pada talinya.

Rais yang ditemui pada majlis pelancaran tersebut juga amat kagum dengan muzik yang dimain oleh OTM.

Menurutnya, OTM merupakan satu tanda aras dalam perkembangan muzik tradisional di Malaysia yang selama ini dipandang sebelah mata oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Jika kita tidak buat sesuatu daripada sekarang, berkemungkinan besar 10 atau 20 tahun akan datang, generasi muda tidak tahu apa itu rebana atau gamelan serta alat muzik tradisional yang lain,” katanya.

Justeru, langkah yang diambil adalah bagi memperkenalkan muzik tradisional tempatan kepada generasi muda terutamanya yang terlalu hanyut dengan muzik moden.

“OTM baru sahaja ditubuhkan dan untuk jangka panjang kita akan mencari bakat dari sekolah-sekolah dan universiti untuk diterapkan dalam OTM.

“Melalui cara itu, selain memperkenalkan alat muzik tradisional, kita juga akan memperkembangkan lagi muzik tradisional.

“Selama ini, kebanyakan orang ingat alat muzik tradisional hanya boleh dimainkan untuk lagu-lagu tradisional dan pada mereka itu adalah satu perkara yang membosankan.

“Namun, apabila alat muzik tradisional juga boleh digunakan untuk menggubah dan memainkan lagu-lagu terkini, ia sudah menjadi satu hal yang sangat menarik,” jelasnya.

Bagaimanapun, ulas Rais, pihak kementerian belum ada perancangan untuk membawa OTM ke luar negara buat masa terdekat kerana baginya OTM harus menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya di Malaysia terlebih dahulu sebelum melangkah ke luar negara.

“Saya ingin lihat lebih ramai rakyat Malaysia kenal apa itu alat muzik tradisional dan menghargai muzik yang dibawa OTM sebelum dinikmati serta dihargai oleh orang luar. Lebih baik dahulukan rakyat kerana ini budaya kita sendiri,” tegasnya.

kredit : kosmo.com.my

Gempa anjak bandar-bandar di Chile
SANTIAGO – Kesan gempa bumi dahsyat yang berpusat dekat Maule di Chile pada akhir bulan lalu telah menyebabkan keseluruhan bandar raya Concepcion yang paling teruk terjejas berganjak sekurang-kurangnya 304.8 sentimeter (sm) ke arah barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Gempa bumi yang berlaku pada 27 Februari lalu dengan kekuatan 8.8 pada skala Richter turut menganjakkan beberapa bahagian lain di benua Amerika Selatan termasuk kepulauan Falkland di Lautan Atlantik dan Fortaleza di Brazil.

Grafik yang dilakar saintis-saintis antarabangsa menerusi Projek Sistem Kedudukan Global (GPS) Banjaran Andes Selatan dan Tengah menunjukkan perbandingan secara tepat sebelum dan selepas 10 hari kejadian itu berlaku.

Kejadian itu menyebabkan ibu negara Chile, Santiago berganjak hampir 28 sentimeter ke barat daya manakala ibu negara Argentina, Buenos Aires terletak 1,287 kilometer dari bandar raya Concepcion berganjak 2.5 sentimeter.

Agensi kajian geologi Amerika Syarikat melaporkan lebih sedozen gegaran susulan dikesan selepas gempa tersebut dengan ukuran 6.0 pada skala Richter manakala sehingga kini jumlah rasmi mangsa korban lebih 800 orang dan dua juta hilang tempat kediaman.

Gempa itu dipercayai kelima paling kuat di dunia. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Misteri ratusan burung jatuh dari langit
GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam menunjukkan sejumlah burung perling mati di halaman rumah Julie di Bath pada Ahad lalu.

BATH, England – Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock’s The Birds berlaku di sini.

Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.

Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.

Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.

Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.

“Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar.” kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.- Agensi

kredit : kosmo.com.my

Wanita AS rancang bunuh kartunis
GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen WPVI-TV kelmarin di Philadelphia menunjukkan wajah LaRose.

DUBLIN – Seorang suri rumah rakyat Amerika Syarikat (AS), Colleen LaRose dinamakan sebagai antara perancang satu plot untuk membunuh seorang kartunis Sweden, Lars Vilks yang menghina Nabi Muhammad S.A.W pada 2007 lalu.

Identiti Vilks itu didedahkan pihak berkuasa Ireland kelmarin ekoran penahanan tujuh pendatang Muslim iaitu empat lelaki dan tiga wanita di negara tersebut hasil bantuan siasatan antarabangsa bagi mengesan rancangan pembunuhan Vilks.

LaRose, 57, yang menggelar dirinya sebagai Jihad Jane dari Pennsylvania ditangkap di Philadelphia pada 15 Oktober lalu tanpa ikat jamin selepas pihak berkuasa AS memintas e-mel mengenai rancangan untuk membunuh Vilks kiriman wanita itu.

Dia dilaporkan mengadakan perbincangan secara talian dengan salah seorang suspek di Ireland selain berbalas e-mel dengan beberapa rakannya serta bersetuju melatih anggota-anggota baru untuk menyertai gerakan jihad.

Menurut beberapa dokumen mahkamah di AS, LaRose dikatakan mahu berkahwin dengan seorang suspek pengganas bagi membolehkan dia berpindah ke Eropah dan dia sanggup mati syahid dengan menyahut seruan kumpulan Al-Qaeda untuk membunuh Vilks.

Rangkaian pengganas itu menawarkan ganjaran sehingga 67,000 (RM333,623) bagi mendapatkan kepala Vilks selepas sebuah akhbar Sweden pada 2007 menyiarkan kartun Nabi Muhammad S.A.W. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Drama kereta Toyota
SIKES bercakap dengan seorang anggota polis lebuh raya yang menyelamatkan nyawanya selepas kereta Toyota Prius tidak boleh berhenti.

EL CAJON, California – Seorang pemilik kereta Toyota Prius, James Sikes menceritakan detik-detik keretanya mengalami masalah pedal minyak tersangkut sehingga mengakibatkannya meminta pertolongan daripada polis pada Isnin lalu di sebuah lebuh raya di San Diego, California.

“Kereta saya tidak boleh diperlahankan,” katanya kepada seorang anggota polis lebuh raya yang menjawab panggilan telefonnya.

Sebuah kereta polis kemudian tiba dan berada di depan keretanya selepas Sikes meminta pertolongan.

Sikes yang berumur 61 tahun menyatakan dia tidak dapat memperlahankan kenderaan di sebuah lebuh raya di San Diego di California, Amerika Syarikat (AS).

Seorang anggota polis kemudiannya memberitahunya supaya menggunakan brek kecemasan dan biasa serta mematikan enjin.

Kereta itu kemudian berhenti selepas kereta Prius tahun 2008 itu menghampiri 137 kilometer sejam sebelum perlahan dengan kelajuan 88 kilometer sejam.

Pada kelajuan 88 kilometer sejam itu, Sikes mematikan enjin dan kereta itu berhenti.

“Saya menolak pedal minyak untuk memotong sebuah kereta dan kemudian berlaku sesuatu yang aneh.

“Saya menekan dan ia tersangkut (pedal minyak).

“Semasa ia bergerak, saya cuba untuk menekan brek. Kereta itu tidak berhenti,” kata Sikes.

Ekoran kejadian itu, Toyota dan agensi keselamatan AS melakukan siasatan mengenai masalah pedal minyak.

Sebelum ini, syarikat Toyota Motor Corp telah memutuskan untuk memanggil balik berjuta-juta unit kereta ekoran masalah pedal minyak di beberapa buah negara di dunia. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Petaka angkara khianat
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat salah seorang daripada empat mangsa kebakaran di Masai, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Hajat empat lelaki warga India untuk menjalani temuduga supaya dapat bekerja di sebuah kedai tekstil berkecai apabila kesemua mereka rentung dalam kebakaran yang dipercayai angkara khianat di Jalan Pasar, Masai di sini semalam.

Kejadian pukul 3 pagi itu berlaku apabila kesemua mangsa yang baru tiba ke negara ini Isnin lalu sedang tidur di kedai tekstil dua tingkat, Vengkath Enterprise milik V. Muthu, 40.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan seseorang yang dikatakan telah membakar empat premis di situ berdasarkan penemuan satu bekas minyak petrol di hadapan premis berkenaan.

Dua premis itu merupakan kedai alat tulis manakala dua lagi kedai tekstil.

Kesemua mayat yang dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini sukar dikenalpasti manakala semua dokumen mereka turut hangus.

Muthu yang juga bakal majikan kepada dua daripada empat mangsa itu memberitahu, dia langsung tidak sempat untuk berjumpa dan melihat wajah mangsa ekoran berada di ibu negara sejak beberapa hari lalu atas urusan perniagaan.

kredit : kosmo.com.my

Panadol penyebab gadis maut?
AIZADUL SHAFIQAH menemui ajal selepas tiga hari tidak sedarkan diri di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.

KANGAR  Kematian seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini meninggalkan tanda tanya apabila pihak hospital dihalang daripada melakukan bedah siasat penuh selepas bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dengan perintah tersebut, pihak hospital tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar kematian Aizadul Shafiqah Md. Fuzailee, 16, selepas bapanya, Md. Fuzailee Sabu, 46, berjaya mendapat perintah larangan itu beberapa jam selepas anaknya disahkan mati pukul 9.30 malam kelmarin.

Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian Aizadul Shafiqah itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.

Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut.

kredit : kosmo.com.my

Tiga maut Avanza rempuh treler
TOYOTA Avanza yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang ditunda pihak berkuasa semalam.

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang imam bersama tujuh ahli keluarganya untuk membeli barangan persiapan kenduri perkahwinan anak perempuannya tidak kesampaian apabila dia bersama isteri serta seorang anaknya terbunuh dalam satu kemalangan ngeri semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dipandu mangsa Ghazali Mohd., 63, dikatakan cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat sini.

Dalam kemalangan itu, Ghazali, dari Kampung Temala, Pengkalan Berangan, Marang dan isterinya, Halimah Awang, 56 serta anak ketiga mereka, Radiah, 39, maut sementara seorang lagi anak perempuannya, Nur Faraziela, 22, cedera parah.

Tiga lagi anak mangsa yang berada dalam MPV tersebut ialah Mariani, 29 (bakal pengantin), Mohd. Aidil Ghazali, 15, dan Aiman Syafik Ghazali, 13, serta cucu mangsa Ammar Farhan Mohd. Ariffin, iaitu anak kepada Radiah.

Bagaimanapun mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

kredit : kosmo.com.my

Model Myvi diperbaharui akan dilancarkan
MUKHRIZ (kiri) dan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin menunjukkan nombor Viva 200,000 di Kilang Pengeluaran Perodua, Rawang semalam.

RAWANG – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bakal memperkenalkan model Myvi diperbaharui dalam usaha mempelbagaikan lagi varian kereta popular rakyat Malaysia itu di pasaran.

Tanpa mengulas lanjut mengenainya, Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, pengenalan model terbaru itu dijangka dilaksanakan menjelang bulan Jun ini.

Menurutnya, model kereta kompak yang dilancarkan sejak lima tahun lalu itu masih menerima maklum balas positif daripada pasaran.

“Setiap bulan kami menerima tempahan di antara 8,000 sehingga 9,000 unit dan kami akan terus menjual model itu sehingga tiba masa sesuai untuk menggantikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir ke kilang Perodua di sini semalam.

Tambah beliau, hampir 91,000 unit Myvi telah didaftarkan pada tahun lalu.

kredit : kosmo.com.my