Format Surat Rasmi
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian , Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelaki
kredit to Akma
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Lawak Jenaka











speechless~
mengong..
all right. good sample
that format is good. but the sample is too bad. but at least i can wrote a good and correct format after this. ha ha thanks fellow
ni format yg betulkan….. hahaha … the content is hilarious…
mak oi! poning kepalo den…..
haha lawak gler.. contoh yg bgus, tp minta tlgbetulkan ejaan tu tkot nnt ade org confuse..foreigner ker..
muhuhuhahahahah…….. bagus ko jadik cekgu bahasa melayu. gerenti takde budok tak pas karangan surat rasmi… bravo..
**speechless** and wow!!http://berita-harian-online.com/wp-includes/images/smilies/icon_confused.gif
ahahha…
bes la krgn dia ni,,,
hahahaha….sy searching 4 format surat rasmi bhsa melayu…tbe2 jumpa ni…hahaha…mengong tul…tp lucu gak
gunakanlah bahasa kita dgn sebaiknya…sekadar ingatan..dr pencinta bahasa…
tah apo-apo tah! nak kawin,kawin jo lah ,bongok botol
gempak la jeng.. malaysia boleh… kawen la ramai2…
Menghidupkan alam persuratan. tapi yang sure pelempang satu from wife. hhehehehe
entah lah payah nak kata,lelaki zaman sekarang bab poligami tu nak sgt depa ikut,katanya sunnah Rasulullah,tapi kalau bab adil,sure hampeh,terus terang saya kata kan kalau hubby saya nak bernikah 4 pun saya izinkan,tapi hubby saya WAJIB adil seadilnya.Dia hendaklah cari wanita solehah,bukan yang jalang,bukan lah kaki arak,kaki judi dan bukan lah perosak diri suami saya sendiri,sebab saya nak hubby saya sentuh wanita suci dan mulia sahaja.saya rasa jijik dan hina kalau kongsi suami dengan wanita sundalan.
hahahaha..mekngok…formt tu btol dok??menggong tol..gilo palo…haha
Hoho…format salah…dah 18 tahun ak tak tulis surat rasmi…tp still right now masih ingat sikit format surat…Tarikh sepatutnya ditulis sebelah kanan dan ada garisan…
gilo kentang surat rasmi nih…bole dapat markah penerajang dari bini…wakakakakaka….tahniah bro…lawak tu da best…tapi nampak sgt kalo ko kawin lagi satu bini no 1 ko, ko buek tak tau…tak baik wooooooo
hehehe..lawak,tp saya rasa kena post laju surat cmni!hik6..takut bagi ‘by hand’ ada suami yg berbenjol kepala!huhu..jempu melawat blog saya,cinta jgk..baru past lawak malam pengantin!hihi..
Ish… lawk ptg2 rabu ni… org dh la tensen nk buat surat rasmi ni… cari2 surat rasmi jmp yg ni…. oklah la tu senang la para suami nk htr surat kt isteri
bab kawen je bijok..bab len hampeh xlah pakai
hurmn…. :-’
x bleh blah………. ahahahahah!!