Format Surat Rasmi


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki

kredit to Akma


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Format Surat Berhenti Kerja
  2. Kartika hantar surat rasmi ke istana
  3. Surat dari Hospital Mental
  4. Posmen dan Surat
  5. Surat Dari LHDN
  6. Surat LHDN
  7. Surat kepada Isteri / Kekasih untuk World Cup
  8. Surat Cinta Seorang Rocker
  9. Surat Terbuka dari khalid samad Untuk Penduduk Seksyen 23
  10. isteri yang bijak

 

28 Comments

 

  1. sy March 24, 2010  6:49 pm Reply

    :mrgreen:  :mrgreen:  gila apa........ :D

  2. mrs.blurRR March 31, 2010  2:00 pm Reply

    speechless~ :lol:

  3. jue April 3, 2010  5:02 pm Reply

    mengong..

  4. Micheal April 9, 2010  8:08 pm Reply

    that format is good. but the sample is too bad. but at least i can wrote a good and correct format after this. ha ha thanks fellow

  5. TIP April 20, 2010  1:53 am Reply

    :roll: :x

  6. QUERiDA May 26, 2010  9:29 am Reply

    ni format yg betulkan..... hahaha ... the content is hilarious...

  7. mok cik June 13, 2010  10:08 pm Reply

    mak oi! poning kepalo den.....

  8. soo aziz June 16, 2010  4:24 pm Reply

    haha lawak gler.. contoh yg bgus, tp minta tlgbetulkan ejaan tu tkot nnt ade org confuse..foreigner ker..

  9. padli June 19, 2010  10:31 am Reply

    muhuhuhahahahah........ bagus ko jadik cekgu bahasa melayu. gerenti takde budok tak pas karangan surat rasmi... bravo.. :twisted:

  10. atie July 8, 2010  9:04 pm Reply

    :? :? :? :?  banyak la punya kelentong!!!Jaga satu pun tak larat camno nak jago 2 nih...

  11. fida August 13, 2010  12:53 pm Reply

    **speechless** and wow!!http://berita-harian-online.com/wp-includes/images/smilies/icon_confused.gif

  12. azi September 27, 2010  8:59 pm Reply

    ahahha...
    bes la krgn dia ni,,,
    :D

  13. nisa September 29, 2010  1:43 pm Reply

    hahahaha....sy searching 4 format surat rasmi bhsa melayu...tbe2 jumpa ni...hahaha...mengong tul...tp lucu gak
     
     

  14. MAR October 20, 2010  11:27 pm Reply

    gunakanlah bahasa kita dgn sebaiknya...sekadar ingatan..dr pencinta bahasa...

  15. otai October 28, 2010  4:52 pm Reply

    tah apo-apo tah! nak kawin,kawin jo lah ,bongok botol

  16. otai October 28, 2010  4:52 pm Reply

    :o

  17. EIJIE November 12, 2010  1:38 pm Reply

    gempak la jeng.. malaysia boleh... kawen la ramai2... :D :D :D :D

  18. hang lekiu November 23, 2010  9:53 am Reply

    Menghidupkan alam persuratan. tapi yang sure pelempang satu from wife. hhehehehe :D

  19. elisa santiago November 29, 2010  10:59 am Reply

    entah lah payah nak kata,lelaki zaman sekarang bab poligami tu nak sgt depa ikut,katanya sunnah Rasulullah,tapi kalau bab adil,sure hampeh,terus terang saya kata kan kalau hubby saya nak bernikah 4 pun saya izinkan,tapi hubby saya WAJIB adil seadilnya.Dia hendaklah cari wanita solehah,bukan yang jalang,bukan lah kaki arak,kaki judi dan bukan lah perosak diri suami saya sendiri,sebab saya nak hubby saya sentuh wanita suci dan mulia sahaja.saya rasa jijik dan hina kalau kongsi suami dengan wanita sundalan.

  20. zamzam December 27, 2010  7:57 am Reply

    hahahaha..mekngok...formt tu btol dok??menggong tol..gilo palo...haha

    • Adrenalinku February 10, 2011  9:31 pm Reply

       

      zamzam: hahahaha..mekngok…formt tu btol dok??menggong tol..gilo palo…haha

      Hoho...format salah...dah 18 tahun ak tak tulis surat rasmi...tp still right now masih ingat sikit format surat...Tarikh sepatutnya ditulis sebelah kanan dan ada garisan... :mrgreen:
       

  21. Kamen Rider 155 January 2, 2011  8:20 am Reply

    gilo kentang surat rasmi nih...bole dapat markah penerajang dari bini...wakakakakaka....tahniah bro...lawak tu da best...tapi nampak sgt kalo ko kawin lagi satu bini no 1 ko, ko buek tak tau...tak baik wooooooo

  22. Pakar diari hati January 8, 2011  1:52 pm Reply

    hehehe..lawak,tp saya rasa kena post laju surat cmni!hik6..takut bagi 'by hand' ada suami yg berbenjol kepala!huhu..jempu melawat blog saya,cinta jgk..baru past lawak malam pengantin!hihi.. :-)

  23. idah January 26, 2011  4:32 pm Reply

    Ish... lawk ptg2 rabu ni... org dh la tensen nk buat surat rasmi ni... cari2 surat rasmi jmp yg ni.... oklah la tu senang la para suami nk htr surat kt isteri
     

  24. waklu January 27, 2011  2:22 pm Reply

    bab kawen je bijok..bab len hampeh xlah pakai

  25. ghost February 4, 2011  3:21 pm Reply

    hurmn.... :-'

  26. naaaz March 18, 2011  11:12 pm Reply

    x bleh blah.......... ahahahahah!! :D

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah