Gadis 24 tahun menang Ratu Cantik Universiti di Korea Selatan

December 18, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



KATIE FARR

LEEDS – Seorang gadis berumur 24 tahun, Katie Farr dipilih untuk memenangi Ratu Cantik Universiti peringkat dunia di Korea Selatan baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. Dia dipilih barisan hakim yang kagum dengan kecerdasan selain wajahnya yang cantik.

Katie dari sini menewaskan 40 lagi saingannya.

Gadis itu memiliki tahap kecerdasan (IQ) sebanyak 140 dan dia merupakan rakyat Britain yang pertama memenangi gelaran tersebut sejak ia diperkenalkan pada 1986.

Semua peserta merupakan pelajar atau bekas pelajar universiti dan berani menunjukkan kemahiran berdebat, kerja-kerja kebajikan dan bakat individu.

Tidak ada kategori pakaian renang namun Katie mampu memikat hakim dengan menunjukkan kemahiran tendangan dalam perlawanan tinju.

Dia menjadi model sebelum memperoleh ijazah sains politik dari University of Leeds.

Pada tahun lalu, dia memenangi gelaran Ratu Cantik Leeds. Para peserta perlu mengetahui cara untuk membuat kuih tradisional, memberikan bantuan makanan untuk golongan tidak berumah dan menyampaikan guni arang kepada penduduk miskin Korea.

Menurut Katie: “Keputusan itu tidak hanya bergantung kepada pertandingan akhir. Terdapat sekumpulan orang yang mengikuti kami dan melihat kami selama dua minggu. Berdasarkan pandangan saya, pemenang pertandingan itu merupakan yang paling bijak dalam pertandingan ratu cantik.”

Pertandingan itu sebenarnya dianjurkan oleh persatuan pelajar dari beberapa buah universiti di dunia.

Tujuan ia diadakan adalah untuk mempromosikan keamanan. Pemenang sebelum ini terlibat dalam aktiviti keamanan di negara-negara seperti Kosovo dan Rwanda yang pernah dilanda peperangan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Luar Negara, Unik

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply