Gadis Dicekup Selepas Seks

December 23, 2009 | By | 3 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA TERENGGANU: Selepas beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, kegiatan remaja berusia 15 tahun di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, dihidu keluarga kerana pulang ke rumah pada awal pagi, Khamis lalu.

Selepas ditangkap keluarganya ketika menyelinap masuk ke rumah pada dinihari, pelajar Tingkatan Tiga terbabit tidak dapat berselindung lalu mengaku sudah terlanjur.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan kejadian itu, jam 9.30 malam, kelmarin.

Katanya, kejadian pertama berlaku di bilik rumah mangsa, di taman perumahan kos rendah di Nyiur Tujuh jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.

Kamaruddin berkata, mangsa selalu keluar rumah melalui pintu belakang, termasuk pada kejadian kira-kira jam 2 pagi, 17 Disember lalu untuk bertemu teman lelaki sebelum membonceng motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.

Beliau berkata, mereka mengadakan hubungan di kedai makan itu sebelum dihantar pulang.

Kamaruddin berkata, suspek berusia 19 tahun sudah dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, Kelantan.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , ,

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Insan perihatin says:

    Ingat2 la than..kelrga hrus memainkn pernan pnting…apa yg pnting? Didkn yg smpurna utk ank2..

  2. Alwaysbabes says:

    Bagi kahwin je la, daripada buat maksiat, dlm agama prmpuan kalo dah haid, dah boleh kawin, tapi di malaysia kira bawah umur la.. tapi walo pun dia masih bawah umur, kalo tak boleh dah dilarang membuat benda tu, apa gi nak dibuat??… Bukan nya dia dirogol, tapi dia nak sendiri… Usia baru 15 tahun tapi kelakuan nya mcm orang yng betul2x dah dewasa… Tak boleh juga slhkan lelaki 100% sbb dia pun nak juga, snggup gi curi2x keluar ikut pintu blkng….:roll:

  3. ctna says:

    nafsu pya pasal la ni gak…da syok buat hub trlrg ti da mengandung taknak tanggungjawab..yg tanggung sume anak yg tak berdosa dibuang sana sini…taubat…:!: …nsb baik fmly awal tau..Nauzubillah..

Leave a Reply