Gadis sunti mangsa buli hilang


Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas dekat sini pada Isnin lalu dipercayai tidak tahan dibuli serta diejek rakan-rakan semata-mata kerana dia lembam dan ketinggalan dalam pelajaran.

Misteri kehilangan Nur Ainina Adila Muhd. Zuki, itu bermula selepas ibu saudaranya, Rosnah Ahmad menghantar gadis itu ke sekolah dengan motosikal untuk sesi persekolahan petang.

Rosnah bagaimanapun mulai resah apabila mendapati anak buahnya itu masih tidak muncul selepas sesi persekolahan tamat petang hari kejadian.

“Dia (Rosnah) menunggu Nur Ainina sehingga 30 minit tetapi anak saya itu masih tidak muncul dari dalam kawasan sekolah,” kata bapa pelajar itu, Muhd. Zuki Jahaya, 47, kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas semalam.

Menurutnya, mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang Nur Ainina sebenarnya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

 

BHO Blog – Mungkin adik ni tertekan, sebab itu dia melarikan diri. Sepatutnya jangan biar kes buli itu berlarutan.

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Pelajar perempuan hilang selepas pergi sekolah
  2. Gadis hilang ikut rakan Facebook
  3. Anak gadis hilang ikut teman lelaki
  4. Tunang gadis sunti
  5. Ajal gadis sunti
  6. Pelajar OKU mangsa buli
  7. Gelora gadis sunti
  8. Gadis sunti bermukah
  9. Nafi perkosa gadis sunti
  10. Anak gadis suka keluar malam hilang

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah