KUALA LUMPUR, 12 Nov — Lembaga Penapis Filem (LPF) akan memanggil Golden Screen Cinema Sdn Bhd (GSC) dan pengedar filem Amerika Latin yang telah ditayangkan kepada umum tanpa menjalani pemotongan seperti diarah agensi itu.
Laporan media baru-baru ini menyebut GSC telah memohon maaf kerana menayangkan filem tersebut, yang didakwa membawa unsur-unsur yang tidak bagus.
“Berdasarkan laporan penilaian LPF pada 22 Ogos lepas, filem tersebut telah diluluskan untuk siaran dengan bersyarat iaitu potongan perlu dibuat terhadap 14 adegan yang tidak sesuai dan hanya selepas itu, baru ia boleh diklasifikasi sebagai PG 13.
“PG 13 ialah kategori filem yang sesuai untuk tontonan umum bagaimanapun penonton berumur di bawah 13 tahun hendaklah diiringi ibu bapa atau penjaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Raja Azahar berkata susulan daripada aduan orang ramai yang membantah mengenai adegan yang keterlaluan dalam filem berkenaan ketika ditayangkan di pawagam GSC, siasatan telah dijalankan LPF.
“Hasil siasatan LPF mendapati bahawa pihak pengedar filem itu tidak membuat pemotongan seperti diarahkan oleh LPF berdasarkan peraturan di bawah Seksyen 11, Akta Penapisan Filem 2001,” katanya.
credit: CG Forum
————————————————————————————————————————–
Info Menarik anda untuk baca:
Seksyen 11, Akta Penapisan Filem 2001
Carian BHO
- aduan akta penapisan filem malaysia
- keratan akhbar the star tentang fort cornwallis
- kes akta penapisan filem
- kes di bawah akta penapisan filem
- kes penapisan filem
- tumbuhan di bukit badak mati
- ular di tangkap di taman negara pahang
- ULAR SAWA DI JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG
- ular sawa ditemui di langkawi
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- 2 Alam gagal ditayang ikut jadual
- USM cipta kit penapisan Nano Sinar UV
- Filem KL Gangster ditegur Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
- The Exorcist filem paling seram
- Filem animasi Jepun bahaya
- Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF
- Syor had tayang filem seram di TV
- Filem porno 3D pertama mulakan penggambaran
- ‘Avatar’ ambil alih ‘Titanic’ filem box office tertinggi
- Pinda Akta Jualan Langsung