Geliga lipan tarik duit

January 19, 2010 | By | 35 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



PERBANDINGAN geliga lipan (dalam bulatan) dengan batu-batu geliga jenis lain. Geliga lipan kadangkala dijual pada harga yang tidak masuk akaliaitu RM10 juta sebutir.


MENURUT cerita yang didengar daripada golongan yang taksub memiliki batu geliga lipan, kelebihan butiran berwarna merah coklat ini sangat menakjubkan.

Mempunyai keupayaan tembus pandang, sesetengah pemiliknya dikatakan berupaya mengetahui dan melihat sesuatu yang terselindung, contohnya angka yang tersembunyi di belakang daun terup.

Kebanyakan pemburu geliga ini sanggup mengeluarkan jutaan ringgit hanya kerana mahu berjudi.

Malah ramai juga percaya mereka bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika ia dibawa ke kasino di Genting Highlands.

“Menurut telahan saya, geliga ini bukan tembus pandang tetapi pemiliknya dapat mengetahui perkara tersembunyi itu melalui ‘khadam’ yang menjaga geliga lipan tersebut.

“Pemilik dikatakan dapat mendengar bisikan di telinga yang memberitahu perkara yang tersembunyi walaupun tidak melihatnya secara terus.

“Namun, tidak dinafikan ada yang terlalu taksub dengan geliga ini hingga sanggup mengadakan ritual yang tidak sepatutnya hanya kerana mahu cepat kaya.

Penawar bisa

“Bahkan ada yang menjadikan makhluk ghaib sebagai khadam kepada geliga ini,” ujar pengumpul aktif barangan mistik, Azman Abdul Aziz, 39.

Jelas beliau, pemilik yang terlalu taksub dengan batu geliga yang didakwa terhasil daripada pengerasan air liur seekor raja lipan itu percaya ia boleh menarik duit dan harta jika mengamalkan ritual khusus untuk tujuan tersebut.

Wujud juga teori yang mengatakan geliga lipan bukan sekadar untuk perubatan atau tembus pandang bahkan ia juga membawa tuah seperti murah rezeki

“Sesetengah orang mengatakan pemakaian geliga tersebut boleh membuat seseorang itu kebal dan halimunan.

“Cara ini digunakan individu untuk menarik duit atau harta. Namun, geliga untuk tujuan ini sangat jarang ditemui dan sukar mendapatkannya.

“Dari sudut perubatan, geliga ini dipercayai berguna sebagai penawar bisa.

GELIGA yang diambil daripada mulut lipan adalah yang paling berharga.



“Dengan khasiatnya yang boleh menyerap bisa tidak kira bisa binatang mahupun bisul, geliga ini hanya perlu diletakkan pada bahagian yang sakit, Insya-Allah bisa akan menyurut dan hilang,” ujar Azman.



Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut ‘sehingga naga pun turut takut akan serangga kecil’ ini kerana kepantasan dan bisanya.

“Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang terdapat di dalam mulutnya.

“Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di dalam gelap.

“Geliga yang berada di dalam mulut lipan biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua.

“Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya.

“Jika pengambilan secara paksa, geliga tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja.

“Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah untuk menyambut geliga tersebut.

“Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat raja lipan ke dalam geliga,” jelasnya.

Dijual mahal

Tambah Azman, keaslian geliga yang mampu mencecah harga RM10 juta sebutir ini dapat diuji dengan cara memegangnya.

“Untuk mengetahui keasliannya sama ada ia hidup atau mati, cara memegang yang betul dapat menentukannya.

“Jika merasai getaran atau gigitan, itu jelas menunjukkan ia geliga asli.

“Namun, ujian ketepatan yang paling baik ialah apabila terasa lipan merayap di tangan,” kata Azman sambil menambah, warna paling lazim geliga lipan ialah merah. Selain itu ada juga yang berwarna biru, hijau dan kuning.

Menurut beliau lagi, harga geliga ini sepatutnya tidak mencecah jutaan ringgit, malah jauh lebih rendah.

Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Tempatan, Unik

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (35)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ALONG says:

    KEPADA YG BERMINAT MEMILIKI GELIGA LIPAN ASLI GRED A,TERDAPAT DIDALAM MULUT LIPAN,BESERTA LIPANNYA SEKALI BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN 012-6140788 SAYA BERADA DI RAWANG SELANGOR,

  2. ALONG says:

    JIKA INGIN MEMILIKI GELIGA INI DINASIHATI SUPAYA TIDAK MENYALAH GUNA GELIGA LIPAN,CONTOHNYA MENGINIAYA ORG DLM ERTI KATA DENDAM KERNA ADA BALA YG MENANTI ANDA ITU PESAN SAYA……….?

  3. ALONG says:

    KEGUNAAN MGUBAT BISA,PELARIS PERNIAGAAN,PENDINDING DARI HASAT DENGKI ORG,BAGI KAKI JUDI,DINASIHATI MEYEDIAKAN HIDMAT BOMOH UTK MGUJI SENDIRI LIPAN DAN GELIGA LIPAN INI,SAYA TIDAK DAPAT UTK MNUNJUKKAN KUASA YG ADA PADA LIPAN,CUMA DGN IZIN ALLAH JUA YG MENGKABULKAN PERMINTAAN ANDA HARAP ANDA BERI KERJA SAMA SEKIAN……..?

  4. Joe says:

    Assalamualaikum, Saya memiliki sepasang lipan bara. Tapi taktau nak buat bgmana utk melihat keindahannya.Tlg bantu saya utk selesaikan masalah ini…hubungi saya di talian 017-6229131.

  5. mael says:

    macam tak best,sembang cam haram

  6. ayong says:

    :| saya ada geliga lipan warisan turun temurun atuk saya. kebal umum, boleh ditest. sila hubungi  0357215000.    :| :arrow:

  7. Juan says:

    Ada carita mengenai Quran Jinn? Saya cuba mendapatkan info mengenainya. Kalau ada minta update.. TQ

  8. ironman says:

    saya ada geliga lipan untuk dimaharkan.juga sebiji delima merah yg boleh merubah warna air.berminat hubungi 0199893952.lokasi tanah merah,jeli kelantan.broker kita wat kira kemudian

  9. devil jin says:

    ironman and ayong> pls contact saya +6738840077.thank u

  10. devil jin says:

    Along, pls conyact saya juga tq

  11. joko says:

    bagaimana cara test batu lipan saya ada 1 butir

  12. kingjeng says:

    tuan joko boleh email kepada saya… sitihani_74@yahoo.com …saya akan cuba bantu

  13. mawi says:

    salam.
    setahu saya ada yg jenis buntat lipan dan geliga lipan.buntan drp lipan yg hidup dan geliga lipan yg mati.boleh test letak bawah lidah utk tembus pandang(bg yg berilmu)dikuatiri berisiko.semua kerana ALLAH.

  14. mawi says:

    salam.sahabat saya ada 8 biji buntat lipan, satu biji geliga lipan dan lipannya sekali(dah mati perutnya meletup),batu delima asli,geliga ular,panca delima(merah air),delima asli(merah air/kebal umum,cumara babi(kebal kulit),maca2 lagi utk dimaharkan dengan harga mengikut kemampuan.tiada broker,pembeli datang sendiri dengan duit bukan main2,dan test ada jaminan.wasalam.

  15. fizal says:

    salam encik mawi masih ada ke geliga lipan tersebut
     

  16. fizal says:

    jika masih ada boleh emailkan di email saya rafizal46@yahoo.com untuk kepastian  sebelum saya menelefon encik mawi…

  17. ADAMDIN says:

    SAYA, ADA 1 GELIGA LIPAN TAPI SY TAK TAHU IANYA MASIH HIDUP ATAU MATI JADI SAYA NAK TANYA BAGAI MANA (CARA) TAHU SEMUA ITU, DAN (CARA) MENJAGANYA.

  18. merlin says:

    salam,sy bru nk beli geliga lipan tp sy tkut dtipu,le btau mne yg asli n tiruan???
     

  19. mocha says:

    nama saya mochamad zuhri dari Jawa Timur Indonesia, saya memiliki buntat lipan 4 biji yg saya temukan dengan tidak sengaja, tetapi ada petunjuk yg mengarah kepadanya. Saya berminat untuk memaharkan kepada siapa yg betul serius untuk memilikinya, 1 berwarna kuning, dan 3 lagi berwarna pink, tidak setiap hari mereka itu tembus pandang, kepada siapa saja yg serius ingin meminangnya silakan email di mocha_zuchri@yahoo.com, bisa contact pake YM untuk melihat barang trsebut
    mahar minimal Rp. 1M (IDR) perbijinya, boleh ambil 1 atau yg sepasang, suatu saat saya mendapatkannya untuk yg pertama adalah kuning satu biji (3 tahun yg lalu) dan yg kedua adalah sepasang warna pink (sekitar 7 bulan yg lalu) dan yg ketiga pink 1 biji sekitar 2 minggu yg lalu

    • Pendakwa 7 says:

      salam semua..
      sy mempunyai batu batu delima kebal umum,besi kuning,geliga lipan dan bermacam2 lg barang mistik.kepada yang berminat sila lawati blog sy koleksilutfi.blogspot.com

  20. mohamad najib says:

    kejadiaan yang telah ALLAH  jadikan ada kelebihannya;gunakkan dgn sebaiknya,janganlah kita menyerong sudahlah

  21. mocha says:

    Semua memang atas petunjuk Allah dan alhamdulillah sekarang koleksi saya bertambah 1 lagi berwarna hitam gelap tak tembus pandang, subkhanallah….
    Kepada yang berminat meminang bisa email di mocha_zuchri@yahoo.com
    atau sekedar sharing juga boleh, ingin lihat call pake YM juga bisa, tapi sebelumnya SMS dulu
    Thanks…..

  22. zul says:

    salam.. saya mempunyai sebutir geliga lipan asli..  tp saya xtahu cara utk melihat keindahan nya.. 012-9129927

  23. mocha says:

    Alhamdulillah kemarin tgl.01 Nov 2011 koleksi saya bertambah lagi 1 berwarna kuning tembus pandang,,,yg saat ini menjadi 7biji antara lain 3 pink 3 kuning dan 1hitam….Subkhanallah….
    Semoga bertambah lagi dan bertambah lagi seperti apa yg telah saya impikan sehingga menjadi 17 biji

  24. mocha says:

    Alhamdulillah…..2 Nov 2011 bertambah 1 lagi berwarna kuning tembus pandang,,,,,,yaaaRobb……
    Ijinkanlah aku mengumpulkan apa yang telah Engkau anugrahkan kepadaku,,,,,,sehingga Engkau akan memberi manfaatnya kepadaku

    • Muhamad says:

      Asalam Encik Mocha,

      Saya Muhamad dari Brunei berminat dengan geliga lipan warna hitam tembus pandang.Jika betul geliga lipan itu ada keindahan tembus pandang saya dah ada buyer & tester yang berhajat hendak membeli geliga lipan tuan jika telah lulus ujian dari buyer.Harga Tuan pasti akan berpuas hati.

  25. putra says:

    saya punya geliga lipan,tapi bingung cara penggunaan nya. ada info tolong hubungi talian +6282149355824. thank’s

  26. danish says:

    salam..saya memiliki sepasang geliga lipan bersama bekas simpanan geliga ini yg telah diwafatkan hasil dari penukaran dengan saudara dari seberang.saya ingin memaharkan kepada sesiapa yang berminat dan mahu memiliki geliga ini.keasliannya juga sudah diuji dan ternyata asli.hanya yang betul2 serius saja boleh hubungi sy 019-5751052.terima kasih

    • fazman says:

      saudara danish,saya ada buyer yang betul2 serius tentang barang saudara.sekiranya ingin dimaharkan pastikan keindahannya jelas,pasti memenuhi syarat spt: (anti cukur,tembus pandang dn sebagainya)..sms saya lokasi anda.tq.0133913508.

  27. rain says:

    asalamualaikum mohammad…kwn saya ada memiliki batu geliga tersebut.ntuk mengetahui lebih lanjut sila kontek saya +678958261.kebetulan dia berada dBrunei masa ne.tukar bahasa sdikit.ahaha…

  28. mr.pbhunter says:

    Aslm kpd pembaca blog
    Sy ada memiliki sbutir geliga lipan yang telah di uji keasliannya. Skiranya di genggam, Boleh mrasakan gigitannya n mrasakan bagai ada yang mrayap di tangan. Sekinya tn2 bermiebarang pertanyaan blehla emelkn kpd sy.

  29. mr.pbhunter says:

    Aslm kpd pembaca blog
    Sy ada memiliki sbutir geliga lipan yang telah di uji keasliannya. Skiranya di genggam, Boleh mrasakan gigitannya n mrasakan bagai ada yang mrayap di tangan. Sekiranya tn2 berminat atau ada sebarang pertanyaan blehla emelkn kpd sy.

  30. mr. pbhunter says:

    0122848538, 0193622838

  31. Megat says:

    TERBUKTI.. Saya mempunyai Geliga Lipan tembus pandang umum. Ianya telah di uji dan terbukti keindahan nya. contoh kegunaan, Tembus pandang manusia (dalam baju), tembus pandang nombor( TOTO dan sebagainya), boleh di jadikan Penawar, Pelaris pun bagus. Syarat2 : Mahar RM 7 777.77 sahaja. Harga RM 3 JUTA sahaja. Telah terbukti sebab itu saya berani letak harga sedemikian..Jika berminat hubungi saya Megat di 019-6771780.. InsyaAllah berjaya..

Leave a Reply