
OKLAHOMA CITY: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda tengah bandar Oklahoma, menyebabkan seluruh bangunan di kawasan itu termasuk stadium bola sepak bergegar.
Gempa bumi itu adalah terbaru dalam siri gempa bumi yang melanda wilayah itu dalam masa 24 jam termasuk gempa berukuran 4.7 magnitud awal pagi semalam.
Jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma, Michelann Ooten, berkata tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan kepada pegawai pengurusan kecemasan. Pusat Geologikal Amerika Syarikat (USGS) di Colorado menyatakan di laman sesawangnya, gempa bumi itu berlaku pada jam 10.53 malam (waktu tempatan) dan berpusat kira-kira 71 kilometer dari timur laut Oklahoma City. – AP
credit: bharian.com.my
————————————————————————————-
Gempa bumi lagi?
Carian BHO
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Gempa bumi 7.1 magnitud di China
- Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud
- Gempa Bumi Kuat Di Papua New Guinea
- Gempa bumi dasar laut di Jepun
- Gempa Mexico gegarkan Los Angeles
- Gempa bumi terburuk dalam sejarah Jepun
- Malaysia bukan kalis gempa – Pencemaran alam sekitar boleh mengundang kejadian gempa bumi di Malaysia
- Tujuh maut gempa bumi di Iran
- Katak beri amaran gempa bumi
- 75 maut gempa bumi di Myanmar