Gunung berapi meletus dekat glasier di Iceland

March 22, 2010 | By | 2 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



GAMBAR menunjukkan lahar yang keluar dari Gunung Eyjafjallajokull di Iceland semalam.


REYKJAVIK, Iceland – Sebuah gunung berapi meletus dengan mengeluarkan lahar berhampiran kawasan glasier di selatan Iceland menyebabkan 450 penduduk dipindahkan semalam.

Tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan di sekitar gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus itu namun darurat diisytiharkan kerana para saintis gusar ia mungkin boleh mengakibatkan letusan lebih kuat di gunung berapi Katla.

“Ia merupakan letusan kecil dan tidak berbahaya. Namun, kami bimbang letusan itu akan mencetuskan satu lagi letusan dari gunung berapi berhampiran iaitu Katla yang boleh memberi kesan terhadap penduduk setempat dan global,” kata seorang ahli geofizik di Institut Sains Bumi, Universiti Iceland, Pall Einarsson.

Pihak berkuasa bimbang letusan yang berlaku 160 kilometer persegi dari glasier Eyjafjallajokull boleh mengakibatkan banjir jika ais di kawasan sekitarnya cair.

Namun kajian yang dilakukan semalam menunjukkan letusan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai ais.

Pihak Pengurusan Penerbangan Awam Iceland telah mengarahkan kapal terbang untuk berada 120 batu nautika dari kawasan gunung berapi ekoran masalah penglihatan.

Semua penerbangan domestik telah dibatalkan.

Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821. – AP

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Luar Negara, Unik

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mohd Hairy says:

    Bumi kita dah memprotes, memang proses letupan gunung berapi adalah semulajadi. sesetengah saintis sangat menanti kejadian gunung berapi ini bagi menjadikan bumi lebih sejuk (sulfur di udara). Tapi ini juga tanda2 bahaya, banjir dan kemusnahan..

  2. ajak says:

    8O betul kata hairy..

Leave a Reply