Hadiahkan Ph.D kepada ibu bapa

May 21, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



ADZROOL IDZWAN meraikan kejayaan menerima ijazah Ph.D bersama ibu, Siti Rokiah Ismail dan bapanya, Ismail Ahmad pada Majlis Konvokesyen UiTM Kali ke-72 di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Pada usia 29 tahun, Adzrool Idzwan Ismail boleh berbangga apabila menjadi penerima ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-72 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Sri Budiman di sini semalam.

Beliau adalah antara 24 pelajar yang bertuah apabila menerima Ph.D daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM.

Menurut Adzrool Idzwan, beliau menyambung pengajian sehingga ke peringkat Ph.D dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka (Fotografi) kerana ingin menghadiahkan anugerah berprestij itu kepada ibu bapanya.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply