KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam, mengumumkan subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta gula, dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini.
Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 10 sen sekilogram, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG RM1.85 sekilogram. “RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan mekanisme harga automatik. Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.
“Bagi gula, pelarasan harga 25 sen sekilogram,” katanya.
Menurut Najib dalam kenyataan itu, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.
“Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.
“Walaupun membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara terendah di rantau ini,” katanya.
Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.
Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula berasaskan hakikat pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu berasaskan tiga perkara penting.
Pertama, subsidi itu turut memberi manfaat kepada rakyat asing dan rakyat tempatan berpendapatan tinggi yang mampu membayar harga tanpa subsidi.
Tumpuan kerajaan sepatutnya membantu keluarga yang berkongsi motosikal atau kereta Kancil untuk ke tempat kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya perbelanjaan subsidi turut memberi manfaat kepada mereka yang memandu kereta mewah, katanya.
Subsidi gula yang berlebihan pula memberi manfaat kepada industri dan bukan keluarga. Sektor perniagaan menggunakan hampir dua kali ganda gula bersubsidi berbanding isi rumah.
Kedua, barangan bersubsidi tinggi menjurus kepada aktiviti penyeludupan kerana barangan terbabit berharga paling murah di rantau ini. Pada 2009 saja, Najib berkata, penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan.
“Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran dan bukan memberi manfaat kepada golongan yang kita mahu bantu,” kata Perdana Menteri.
Ketiga, kecuali kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api dan gula, negara akan menghadapi kesan yang serius.
Najib berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengadakan perundingan dengan rakyat.
“Beribu-ribu rakyat Malaysia mengambil bahagian pada Hari Terbuka Makmal Dasar dalam proses mendapatkan maklum balas yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Bagi reformasi subsidi, bajet, Program Transformasi Kerajaan dan kini Bidang NKEA, kerajaan membabitkan orang ramai, mendengar dan belajar, dan bertindak, mengikut keutamaan negara,” katanya.
Beliau berkata, langkah ini dilaksanakan supaya ia hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.
“Kerajaan membuat keputusan yang sukar, namun berani,” kata Najib.
Dengan memilih melaksanakan reformasi subsidi ini, kerajaan mengambil langkah penting dan tepat dalam memenuhi komitmennya untuk mengurangkan defisit fiskal, tanpa membebankan rakyat Malaysia, kata Najib.
Perdana Menteri berkata, langkah ini akan meningkatkan kestabilan kewangan Malaysia dan pada masa yang sama melindungi rakyat. – Bernama
Sumber : Harian Metro
Carian BHO
- keratan akhbar kenaikan harga barang
- artikel kenaikan harga gula
- keratan akhbar kenaikan harga gula
- artikel perubahan harga barang
- artikel tentang perubahan harga barang
- article tentang perubahan harga barang
- artikel perubahan harga komoditi di malaysia
- keratan akhbar isu kenaikan harga barang
- artikel tentang perubahan harga gula di malaysia
- artikel perubahan harga gula
- keratan akhbar berita harian mengenai harga minyak
- berita harian kenaikan harga gula
- perubahan harga gula
- artikel berita harian harga gula
- artikel tentang perubahan harga gula
- berita harian online-artikal mengenai perubahan harga komoditi 2011
- article berita harian kenaikan gula
- keratan akhbar kenaikan harga gula 2011
- suratkhabar tentang gula
- artikel perubahan harga gula tahun 2011
- keratan akhbar mengenai kenaikan harga barang di malaysia 2011
- kesan perubahan harga gula
- artikel keaikan harga barang 2010
- keratan akhbar harga gula naik
- perubahan harga gula artikel jun 2010
- akhbar metro malaysia 10 11 2011
- keratan akhbar masalah kenaikan harga barang
- keratan akhbar isu dasar kerajaan
- surat rasmi perubahan harga barang
- keratan akhbar kenaikan harga petrol
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Harga gula naik 20 sen hari ini
- Harga petrol di pam berasas harga pasaran selepas penstrukturan tahun depan
- Subsidi petrol berperingkat batal
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Harga RON97 naik cuma spekulasi
- Harga setem naik mulai 1 Julai
- Tambah 15 peratus gula bagi perayaan
- Harga Minyak Naik
- Kartel gula macam lanun – PPIM
- Kita ambil 26 sudu gula sehari