Hempas Anak Atas Kaki Lima


Tabib salah makan ubat ni….

http://3.bp.blogspot.com/_Lkj9ZnXJSNY/TO92B3Ua92I/AAAAAAAABMY/mry2blSZpQQ/s320/images.jpeg

GEORGE TOWN – Tidak tergambar kesakitan yang ditanggung oleh seorang budak lelaki berusia lapan tahun apabila dia cedera parah selepas ditumbuk, disepak dan dihempas ke lantai oleh bapanya yang naik angin dalam kejadian di Rumah Pangsa Desa Intan dekat Farlim di sini semalam.

Kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 34 tahun yang merupakan seorang tabib Cina mendera anaknya di kaki lima rumah hingga meraih rasa simpati jiran-jiran.

Bukan itu sahaja, nenek mangsa yang merupakan ibu suspek turut cedera di kepala selepas dihentak dengan topi keledar oleh suspek ketika warga emas berusia lingkungan 60-an itu cuba menghalang perlakuan ganas anaknya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di rumah itu bersama neneknya sering dimarahi dan dipukul bapanya jika membuat kesalahan kecil termasuk jika lewat menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek yang hilang pertimbangan terus memukul anaknya walaupun cuba dihalang oleh beberapa jiran.

“Sebelum itu, kepala nenek mangsa turut dihentak dengan topi keledar ketika dia cuba menghalang kejadian itu. Suspek hanya berhenti selepas dia diberkas oleh pihak berkuasa di tempat kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

“Lelaki yang merupakan seorang tabib Cina itu kini ditahan bagi membantu siasatan,” ujarnya yang memberitahu suspek baharu sahaja berpisah dengan isterinya beberapa minggu lalu.

credit: CG Forum

—————————————————————————————————

Terpengaruh dgn aksi smackdown wwe kot..darah daging sendiri juga yang menjadi mangsa bila hilang kewarasan akal…


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Bapa hempas bayi
  2. Lima lelaki berpisau ikat, samun tauke emas
  3. Pemandu lori mati ditembak depan anak
  4. Polis Gempur seks kaki lima
  5. Bapa dera dua anak
  6. Bayi ditinggal di kaki lima kedai
  7. Kaki menggigil teringat penyamun acu parang di leher
  8. Anak kapak kepala bapa
  9. Cekik, tumbuk isteri depan anak
  10. Anak polis patah kaki, tangan jatuh tingkat 10

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah