
MELANGKAH masuk ke kediaman teres tiga tingkat di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor ini, siapa pun pasti tertarik dengan rekaan Mediterranean yang menjadi inspirasi seni binanya.
Terletak di kawasan yang masih kaya dengan rona hijau alam, kejiranan ini ternyata selesa untuk didiami.
Malah, persekitaran yang tidak sesak ini mampu mencipta ketenangan lebih-lebih lagi tatkala tubuh sesekali diterjah bayu bukit.
Sambutan pertama sebaik sahaja melepasi pagar berwarna kuning lembut ialah rimbunan tumbuhan renek dan hiasan yang terletak di bahagian kiri luar kediaman.
Susunannya tampak ringkas namun pilihan warna hijau gelap yang menjadi latar landskap mini ini ternyata mampu menyejukkan mata yang memandang.
Jalaran bunga seri pagi di atas pergola pula berupaya menyuntik suasana redup di lokasi pilihan bersantai seisi keluarga.
Barang lama
Selain pasangan kerusi besi dan meja kopi daripada material yang sama, gantungan buaian rotan turut ditempatkan di sudut hujung taman berkenaan.
Keramahan pemilik rumah, Sulfia Indryati Zulkarnain Indra Putra, 50, menggamit kru Jurnal untuk terus meneliti idea perincian, hiasan serta kemasan yang dizahirkan di kediaman yang didiami sejak tahun 1995 ini.
![]() |
|
LANDSKAP mini yang dibangunkan khas untuk menyuntik kesegaran buat kediaman tiga tingkat ini.
|
Ruang tamu yang mengenakan konsep moden kontemporari tidak lepas daripada tema bungaan yang sentiasa menjadi pilihan Sulfia.
Walaupun setiap sudut terisi dengan pelbagai ornamen kecil hasil kerja tangannya, susun atur yang bijak tidak menjadikan ruangan yang dilatari warna kuning emas ini sarat.
Minat dalam menghias memberi bonus kepada diri dan keluarganya lebih-lebih lagi Sulfia gemar bereksperimen dengan kreativitinya.
“Untuk menghias rumah, tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja besar. Kadang-kadang, barang yang sedia ada jika diberi sentuhan kreatif juga mampu memberi kelainan.
“Saya juga jarang membuang barangan yang sudah tidak digunakan, sebaliknya menukarnya menjadi hiasan.
“Ternyata, pilihan itu tepat dan saya tidak perlu berhabis duit hanya untuk mengindahkan kediaman saya,” ujarnya yang gemar menghias barang biasa untuk kelihatan lebih ekslusif.
Meluangkan masa untuk mengemas rumah pada waktu tengah malam, kecintaan isteri kepada Zain Zainul, 52, ini mula beralih kepada hiasan pelekat dan magnet awal tahun ini.
Falsafah dekorasi yang bersandarkan minat mendalam terhadap hiasan seumpama itu baik bertemakan vintaj, buah-buahan serta bungaan memberi cetusan idea kepada Sulfia untuk terus menerokai hobi barunya itu.
“Semuanya bermula apabila saya ingin menghias bilik untuk cucu awal tahun ini.

“Dengan menggunakan pelekat pelbagai tema dan warna, saya hasilkan hiasan untuk pintu bilik, plat hiasan suis serta alat permainan agar tidak nampak polos.
Pelekat
“Selepas itu, timbul pula idea menghias rumah dengan cara yang sama, namun memilih material lekapan yang berbeza.
“Melihat ia mampu menjadi dekorasi menarik untuk rumah, anak perempuan saya mengesyorkan supaya saya mencuba menampal pelekat di atas piring untuk dijadikan hiasan, dan ia menjadi.
“Pada mulanya saya sedikit sukar kerana teknik menampal pelekat yang kurang tepat, terutama jika pelekat itu bersaiz besar dan tidak boleh dipotong.
“Tetapi selepas beberapa kali mencuba, kini ia bukan halangan besar untuk saya,” ungkapnya yang kerap memilih pelekat buatan China kerana harganya yang lebih murah berbanding pelekat dari Britain.
Sulfia juga tidak mengehadkan tema bunga dalam menghasilkan perhiasan pelekat, sebaliknya menggunakan pelabagai sumber lain yang dianggap menarik. Yang penting, harganya berpatutan.

“Biarpun kerjanya agak rumit, tetapi saya puas,” ujar ibu kepada tiga anak ini yang kini turut menjual perhiasan pelekat dan magnet secara dalam talian.
Selain hiasan magnet, Sulfia turut teruja mendekorasi plat hiasan untuk kotak suis agar tidak nampak kosong.
“Apa yang saya lakukan, saya lekatkan pelekat di atas plat bestos plastik yang didapati dari China.
“Ia lebih tahan lama. Selain boleh dijadikan hiasan pada kotak suis, plat ini juga boleh dijadikan bingkai gambar dengan hanya menampalkan kepingan plastik lut sinar di belakangnya.
“Menghias rumah sebenarnya mudah jika kita tahu manfaatkan apa yang ada di sekeliling kita,” katanya.
kredit : kosmo.com.my
Carian BHO
- landskap mini
- papan pelekat magnet
- menjual papan magnet online
- dekorasi landskap
- magnet sains tahun 3
- menjual suis magnet
- Menghias buai rotan
- minat menghias bilik
- pengeluar pelekat magnet
- ruang tamu tema mediterranean
- siling rotan
- besi pelekat magnet
- magnet hiasan
- bingkai baru
- buai rotan malaysia
- bunga seri pagi pagola
- gambar buah buahan thailand
- hiasan bilik yang bertemakan warna kuning lembut
- hiasan buah-buahan
- hiasan pintu bilik
- koleksi pelekat magnet
- tempat untuk menjual pelekat dalam rokok
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Guna magnet tipu pengguna TNB
- Tubuh jadi medan magnet
- Kotak hiasan korporat eksklusif
- Papadou kegemaran Tuanku Mizan
- Hiasan pagar istana dicuri
- Terkenang makanan kegemaran Sharlinie
- Pelajar rempuh pasu hiasan terbunuh
- ‘Magnet Cinta’ bawa erti sebenar cinta remaja
- Ruang tamu penyanyi nasyid
- 1001 RAHSIA DIRI: RAHSIA BUAH KEGEMARAN MENGIKUT KAJIAN DR. BARNET
