
Sikap Materialistik adalah suatu rasa yang sukakan kepada kebendaan. Photo di atas adalah gambar yang semakin kuat sebarannya di laman sosial dan forum.
Antara komen yang saya kutip:
realiti arini.. – googie
cam la dia stendet sgt jln kaki… mamat tu ada gak moto… pirahhh – wak
kalo dulu, naik moto tu dah kira bangga dah… skrg???? – pali
Secara amnya, sebenarnya ramai yang memberi impresi pertama bahawa ini adalah sikap perempuan zaman sekarang, terlalu memandang standard tinggi. Ini tidak dibantu dengan kajian dan pendedahan standard sebelum ini yang meletakkan standard hantaran kahwin di Facebook.
HASIL KAJIAN Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Malaysia:-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000
Namun jika difikirkan dengan lebih teliti, bukankah lebih baik perempuan di atas tidak pergi dating dengan menaiki motor tersebut. Sudahlah dibawa ke hulu ke hilir dengan orang yang tidak mahrim (larang untuk dinikahi, jangan tersilap dengan muhrim yang bererti orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang didperkatakan di dalam kitab-kitab fiqah) namun dengan menaiki motor akan berpelukan dan mungkin akan membawa kepada lembah maksiat.
Terjadilah pula masalah sosial di sini yang lebih parah.
Apapun bagi yangg bersikap materialistik itu bukanlah pula suatu perkara yang baik. Ia umpama penyakit wahan yang selalu diperkatan dari hadis Rasululllah;
Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)
Apahkah pendapat anda, pembaca BHO blog dalam hal ini? Sila beri komen dan pendapat anda di ruangan pendapat di bawah.
Carian BHO
- kebendaan materialistik
- kaki materialistik
- Materialistik
- materialistik dalam islam
- materialistik dalam perkahwinan
- standard hantaran kawin terkini
- zaman materialistik
Baca Post Lain yang Berkaitan:
erm..tak dinafikan zaman sekarang terlalu memndang kebendaan..bukan semua tapi boleh dikatakan majoritinya macam yg dikatakan la..Dalam islam (merujuk pada agama Islam), perkahwinan yang berkat ialah perkahwinan yg mas kahwin paling sedikit..Perkahwinan dalam Islam sebenarnya terlalu senang..cukup segala syarat alhamdulillah terjadinya satu ikatan yang sah..berkat perkahwinan telah menjaga kehormatan seseorang itu daripada melakukan dosa..tapi kita zaman sekarang terikut dengan adat dan budaya..tu tak ditambahkan lagi dengan sifat ingin berlumba2 memenangi pujian2 dari orang sekeliling..mas kahwin dan hantaran diletakkan terlalu tinggi..macam jual anak..mak bapak kena tahu..dosa anak perempuan mereka lepas diakadkan telah jatuh pada menantu dorang..jadinya buat apa nak letak tinggi2..nafkah pihak lelaki nak kena bagi lagi..
kekadang benda camni la yg boleh jadi byk dosa2 yg dilakukan..tengok la gejala zina dah banyak sekarang..ni dicampurkan sekali dengan kurangnya iman dalam diri..agama dibuang jauh2..buang anak..bunuh anak senang2 je..bape banyak dalam akhbar duk kuar pasal buang2 anak ni..x ingat kes budak 16thn lahir anak dalam asrama pastu kelar plak anak tu sampai terburai tali perut..kes buang anak dari tingkat atas umh flat sampai pecah tempurung kepala anak kuar isi2 otak..huuuuhhhh..manusia kejam bebenor..tu tercampur takde keimanan dalam diri..xsedar dosa yang dilakukan..