Hilang separuh badan

September 2, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Perit dugaan ditanggung seorang pemuda apabila sebahagian anggota badan dari paras pinggang ke bawah dipotong bagi mengelak barah tulang dan saraf kronik dihidapi merebak.

Lebih derita kemaluannya turut terjejas akibat barah berkenaan sehingga doktor terpaksa membuangnya menyebabkan dia terpaksa membuang air kecil dan besar menerusi tiub.

Keperitan hidup dihadapi Asrul Akmar Abdullah, 36, tidak pernah dibayangkan sesiapa termasuk ahli keluarganya sebaik disahkan menghidap dua barah berbahaya tiga tahun lalu.

Pemuda yang masih bujang itu terpaksa menjalani empat sesi pembedahan membuang anggota badannya di beberapa hospital termasuk Hospital Taiping, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) malah, terpaksa terbang ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan sama.

Asrul Akmar berkata, pada mulanya, doktor memotong paha kanan, namun sel barah tetap merebak menyebabkan kehilangan anggota badan secara berperingkat dua tahun lalu.

Beliau berkata, dia reda, namun berharap penyakitnya dipulihkan bagi menikmati sisa hidup.

“Pagi Aidilfitri lalu tiada makna buat saya. Saya tidak pernah mengharapkan pakaian baru mahupun juadah istimewa dinikmati pagi Aidilfitri. Sebaliknya hanya mahu pihak berkaitan membantu kos rawatan.

“Saya amat memerlukan RM1,000 sebulan menampung kos keperluan harian seperti lampin pakai buang, tiub membuang air kecil dan besar serta ubat,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Simpang Ampat di sini, semalam.

Katanya, dia bingung mencari wang tambahan menampung kos rawatan selepas beberapa permohonan ke beberapa agensi ditolak.

Asrul Akmar berkata, dia memerlukan bantuan segera memandangkan kos selenggara harian merawat penyakitnya sangat tinggi.

“Saya cuma menerima barangan keperluan diri pemberian Yayasan Kebajikan Negara (YKN) cawangan Ipoh setelah hampir setahun terputus bekalan.

“Saya juga menunggu jawapan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal. Sebelum ini, saya pernah menerima bantuan JKM RM300 sebulan, namun dihentikan beberapa bulan lalu tanpa sebab,” katanya.

Ibunya, Siti Sapiah Napiah, 59, ketika ditemui berkata, anaknya disahkan menghidap barah selepas menjalani pemeriksaan di HKL tiga tahun lalu.

Mereka yang bersimpati dengan Asrul Akmar boleh menghulurkan bantuan dengan mengunjungi alamat 50, Jalan Kubu Gajah, 34400 Simpang Ampat, Gunung Semanggol, Perak.

 

BHO Blog - Bantu lelaki ini jom..mudah mudahan semua mendapat berkat dari Nya…

 

sumber maklumat : http://hmetro.com.my/

 

 

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply