
Pelbagai inisiatif dilaksanakan dan yang sedang dirancang kerajaan Arab Saudi ketika ini, dilihat mampu menjadikan ibadah haji dijalani dalam keadaan lebih selesa, kelak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dapat dilihat ketika ini, pembangunan tempat melontar di ketiga-tiga jamrat secara bertingkat, menjadikan ibadah melontar cukup selesa.
Beliau berkata, selain itu, dengan pengenalan tempoh khusus buat jemaah dari pelbagai benua untuk melontar, ia tambah memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemaah seluruh dunia.
“Saya yakin pelbagai inisiatif dirancang seperti pembesaran Masjidil Haram, pembangunan jaringan kereta api lebih baik, Insya-Allah, semua ini memberi keselesaan kepada jemaah pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui semasa ingin melontar di tiga jamrat.
Kelmarin adalah 11 Zulhijjah, menyaksikan tiga juta jemaah seluruh dunia, melontar di tiga jamrat, iaitu salah satu daripada wajib haji.

Jemaah haji membanjiri kawasan Mina, semasa menunaikan kewajipan itu dengan kerajaan Arab Saudi, menyediakan ratusan ribu khemah buat semua jemaah muasassah.
Sementara itu, ada jemaah bermalam di kaki lima dan bukit berbumbungkan langit di sekitar kawasan melontar sehingga menyesakkan keadaan, namun pihak berkuasa Arab Saudi bekerja keras memastikan orang ramai tidak berhimpun terlalu lama di kawasan itu.
Jamil Khir berkata, beliau yakin kerajaan Arab Saudi terus berusaha mencari inisiatif bagi mengurangkan lagi kesesakan, yang pastinya akan membangkitkan lagi kecantikan persekitaran tanah suci.- Bernama
credit: sinarharian.com.my
———————————————————————————–
Alhamdulillah. Islam itu agama yang mudah. Semoga lagi ramai umat Islam berangkat ke Mekah bagi menunaikan haji. Anda bila lagi?
Carian BHO
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Jemaah haji mula melontar jamrah
- Guna saluran betul tunai haji: Konsul Jeneral
- 300,000 haji sudah pulang
- Pakej haji tanpa melalui Tabung Haji disiasat
- Hujan rahmat dan pelangi indah mewarnai Tanah Suci Mekah 1431
- Lambaian Kaabah: 2.5 juta jemaah wukuf di Arafah
- Jemaah haji belanja RM20.7b
- Jemaah haji gagal keluar wang
- Musim haji bermula
- Tambang haji kali pertama kekal
Setelah berapa puluh tahun kaya dgn minyak, baru lah jamrah di buat bangunan bertingkat. Sistem LRT pun baru saja di buat tapi blm di gunakan sepenuhnya lagi.
Tandas2 di Arafah dan Mina AMAT lah menyedihkan sekali. Kadang takda air langsung atau pun airnya kecil sangat. Tandas begitu terbatas dan satu bilik tandas di gunakan untuk kencing, berak dan juga mandi. Ada pintu2 yg tidak boleh dikunci dari dalam.
Sungguh memalukan sekali sebuah negara yg ditenggelami dgn minyak, punya simpanan beratus billion USD di bank2 Yahudi di Aamerika, tapai keadaan tandas amat lah dhaif sekali. Tuhan mengurniakan mereka dgn rezeki yg melimpah ruah tapi amat sedikit yg digunakan untuk keselesaan para jemaah haji, tetamu Allah. Mereka tidak ada hormat pada tetamu Allah dan tidak memeras otak memperbaiki tandas2 di Masjidil Haram, Mina, Muzdalifah dan Arafah.
Padahal duit melimpah ruah sepatutnya tandas semuanya sentiasa cukup dn air dan dijaga serta sentiasa di bersihkan. Org nak kencing saja kena tunggu hingga 15 minit ataua lebih, kalau yg terlalu nak beraka blh terberak diluar pintu tandas agaknya. Sepatutnya tandas untuk kencing saja dibuat asing, guna bowl putih tu saja. Mandi blh dgn kolah yg besar, cedok dgn gayung, tak perlu bilik sendiri2.
Di Muzdalifah bau taik dan air kencing harum semerbak ditiup angin kerana tidak ada air langsung. Org masuk tandas bawa botol air untuk cuci dana buang botol dlm tandas hingga menimbun2 botol air. Kalau ada air yg cukup taakda lah sampai macam itu. Duit banyak tapi tak digunakan utk keselesaan jemaaha tetamu Allah yg datang dari seluruh pelusuk dunia.
Bukankah Islam itu bersih dan menyuruh kita supaya bersih. Sedangkan pelajaran yg pertama2 diajar adalah bersuci untuk beribadat, mengenal jenis2 air mutlak, mustakmal, mutannajis. Tapi bila org pergi haji, satu ibadat khusus yang dinanti2 dgn belanja yg banyak, para jemaah disediakan dgn tandas yg TERAMAT DHAIF sekali..... sungguh menyedihkan sekali