Ibu bapa berpendapatan RM1,500 ke bawah layak terima wang ehsan
MACHANG: Ibu bapa murid sekolah rendah dan menengah di Kelantan yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 layak menerima pengagihan wang ehsan yang akan dibahagikan mulai awal April depan.
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha, berkata selain itu ibu bapa yang sudah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga boleh dipertimbangkan.
“Mereka mungkin akan menerima dua kali bantuan dalam setahun bagi meringankan beban saraan anak sekolah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Kerajaan pusat meluluskan peruntukan lebih RM20 juta wang ehsan kepada Kelantan hasil perolehan gerudi minyak oleh Petronas di luar perairan Kelantan.
Ahad lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata wang berkenaan antara lain akan diagihkan kepada pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana alam seperti mangsa ribut, kebakaran serta kemalangan serius.
Makhtar, yang juga Setiausaha Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, berkata Jabatan Pelajaran Kelantan sedang menyenaraikan jumlah murid-murid miskin yang layak di semua sekolah di Kelantan bagi tujuan itu.
Bagaimanapun, katanya, ibu bapa yang layak perlu mendapatkan pengesahan daripada Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) di kawasan masing-masing.
Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan pengagihan wang itu pada 3 April depan yang akan diadakan di Bachok dalam siri lawatannya ke Kelantan. – Bernama
Sumber : Bharian.com.my








assalamualiakum & salam perpaduan.. saya salah seorng pelajar iPTA dr kelantan rasa berbngga dengan satu tindakan yang bijak ini.. hal ini krana kita tahu penduduk kelantan terutama yang tinggal di kampung tidak mempunyai pekerjaan tetap dan taraf pendapatan mereka rendah. saya berharap, agihan wang ehsan ini akan dapat diberikan atau diagihkan kepada golongan yang sepatutnya tanpa ada unsur pilih kasih. pihak berwajib seperti penghulu kampung harus memainkan peranan utama dalam mengenalpasti anak buah yang layak menerima wang ehsan tersebut. sekian, terima kasih:D:-)
SYUKUR LAH TU..LEPAS NI JANGAN MENGELUH LAGI PASAL MINYAK.
Ramai yg ckp xptt bg wang ehsan, diorang nk wang royalti,ckp krajaan zalim,tp ak tgk rmai geng2 ak yg ank org yg xsokong krajaan yg melulu mntak…bab duit cpt jer,kalo bab lain hampeh smua dkutuk,mcm krajaan xda kbaikan lgsung….bersyukurlah…