Ibu beranak satu tumpaskan perompak

June 3, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



AMANDA WILLIAMS diacu pisau oleh perompak.


MANDURAH, Australia – Bersenjatakan sebilah pisau panjang, seorang perompak menyangka dia akan dapat menyamun sebuah kedai di Australia dengan mudah, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, tanpa diduga, perompak bertopi itu tumpas dengan mudah di tangan seorang pekerja kedai berkenaan yang merupakan ibu beranak satu, Amanda Williams.

Semasa perompak itu mengacukan pisau ke leher, Amanda, 40, dengan spontan mencengkam pergelangan tangan lelaki tersebut dan melepaskan tendangan lutut ke kemaluannya sebelum meminta pertolongan daripada orang ramai dalam insiden pada 28 Mei lalu itu di sini.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) kemudian menunjukkan perompak itu diberkas oleh orang ramai sebelum dia diserahkan kepada polis. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Jenayah, Luar Negara

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply