Ibu dituduh berzina dengan anak lelakinya sendiri
OMAHA (Nebraska): Seorang wanita dituduh berzina dengan anak lelakinya sendiri ketika budak itu masih di sekolah rendah, kata pegawai keselamatan, semalam.
Menurut polis Omaha, anak tertuduh – yang kini berusia 15 tahun – mengadu kepada guru kaunselingnya pada minggu lalu.
Guru terbabit kemudian membuat aduan kepada polis.
Kata mangsa, ibunya menagih dadah ketika dia ditiduri pada 2008 dan 2009.
Wanita terbabit ditahan Isnin lalu dan dihadapkan ke mahkamah semalam.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM102,000.
Mangsa mempunyai adik lelaki tetapi polis tidak mengesyaki dia turut mengalami penderaan seksual.
Awal minggu ini, bapa budak itu berkata, dia mengesyaki ada sesuatu tidak kena di antara isteri dan anaknya tetapi hanya mengetahui kejadian itu secara sahih seminggu lalu.
Rekod mahkamah menunjukkan wanita terbabit mengaku salah dalam pertuduhan kecil membabitkan dadah pada Januari 2009.
Pejabat keselamatan menyatakan, wanita terbabit cuba mengadun 15 ubat tidur berbeza diperoleh daripada tujuh doktor.
Dia dikenakan larangan selama setahun dan diarah menghadiri sesi kaunseling dengan pertubuhan sokongan penagih alkohol sebagai sebahagian daripada syarat hukumannya. – AP
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Berita, Luar Negara











macam dunia sekarANG.PELIK 2
mmg PELIK….dunia2
adakah seorang ibu berkelakuan sebegitu? adakah patut? shit!
askum!cerita seks ini tidak bagus!cuba bagi cerita yang panas sedikit???