Ikan Paus Selamatkan Penyelam
HARBIN – Seorang penyelam wanita, Yang Yun diselamatkan oleh seekor ikan paus Beluga di China apabila haiwan itu menolak tubuhnya ke permukaan laut, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika kejadian kedua-dua kaki Yun kejang kerana kesejukan menyebabkan dia menganggap akan meninggal dunia dalam laut.
Yun merupakan peserta dalam satu pertandingan menyelam yang diadakan di sebuah kolam sedalam 6.09 meter di Taman Tema Polar Land, Harbin yang turut didiami ikan paus Beluga.
“Saya mula berasa untuk lemas dan sudah tiba masanya untuk saya mati. Namun, saya berasa terdapat gerakan yang menolak tubuh saya ke permukaan,” kata Yun.
Kejadian tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar yang duduk di bahagian galeri pemandangan kolam itu.
Menurut penganjur, ikan paus Beluga itu yang bernama Mila mengesan masalah yang dihadapi Yun sebelum sempat diketahui oleh pihak penganjuran pertandingan tersebut.
“Kami melihat seorang wanita ditolak ke permukaan dengan kakinya berada dalam mulut Mila,” kata seorang pegawai penganjur. – Agensi
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Agama, Info menarik, Unik











x sangke ikan paus nie menolong orang…
mulie betol pertolongan die…
klu ikan paus nie x tolong etah pe nasib orang tue…
byangkan haiwan pown boleh berfikir dan membuat tindakan yg betul…tetapi manusia skrang nie mcm mne?
fikir-fikirkanlah…
Diharapkan agar ikan paus ini berada didalam keadaan selamat and jagaan yg rapi oleh pihak kolam tersebut…
insyaallah…
saya nak maklumt tentang ikan paus:D
ikan pon makluk tuhan…subahnallah..