Impian Liverpool lebur

May 1, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



FORLAN (tengah) dikerumuni rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol ketika menentang Liverpool di Anfield semalam.


LONDON – Masa depan Rafael Benitez bersama Liverpool kembali hangat diperdebatkan selepas skuad bimbingannya gagal melayakkan diri ke final Liga Europa.

Awal pagi semalam, Liverpool gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila sekadar mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Atletico Madrid dalam saingan separuh akhir kedua Liga Europa di Anfield.

Biarpun terikat dengan agregat 2-2, namun Atletico yang menewaskan Liverpool 1-0 pada aksi separuh akhir pertama minggu lalu lebih berhak mara ke final menerusi penentuan jaringan di tempat lawan.

Berikutan kegagalan tersebut, Benitez ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya dan dilihat cuba untuk mengelak ketika diajukan soalan sama ada akan terus kekal bersama Liverpool musim depan.

“Masa depan saya ketika ini adalah pertembungan dengan Chelsea di Anfield Ahad ini dan selepas itu kami akan berdepan pula dengan Hull City.

“Kami perlu memberi tumpuan terhadap dua perlawanan tersebut terlebih dahulu dan setelah berakhir kempen musim ini, barulah kita berbicara mengenai masa depan saya mahupun para pemain.

“Memang benar perlawanan tadi (semalam) telah memusnahkan impian kami musim ini setelah melalui pelbagai kesukaran.

“Disebabkan itu, selepas pertembungan dengan Hull nanti kami perlu benar-benar bersedia bagi mengharungi kempen pada musim depan,” jelas Benitez.

Benitez turut mengakui bahawa sesiapa sahaja yang bakal memikul tanggungjawab selaku pengurus Liverpool perlu mengembalikan semula kegemilangan skuad The Reds pada musim depan.

“Ramai pihak berpandangan bahawa kami memerlukan tiga atau empat malah lima pemain baru bagi dibawa masuk musim depan. Saya setuju dengan perkara tersebut.

“Namun, saya tidak merasakan ia merupakan satu masalah besar buat kelab kerana kami masih gagal untuk beraksi di pentas final sejak kebelakangan ini.

“Liverpool sebuah kelab yang besar dan pastinya menjadi tumpuan ramai pihak,” katanya.

Pada aksi semalam, Liverpool terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Alberto Aquilani seminit sebelum babak pertama tamat.

Bagaimanapun, Liverpool gagal menambah gol pada babak kedua, sekali gus menyaksikan perlawanan terpaksa dilanjutkan hingga masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 1-1 selepas tamat masa sebenar.

Yossi Benayoun menghadirkan keceriaan seketika buat kem Liverpool apabila meledak gol kedua The Reds pada minit ke-95.

Namun Diego Forlan memusnahkan impian Liverpool apabila jaringannya pada minit ke-102 sudah cukup bagi membantu Atletico layak ke final dalam tempoh 24 tahun.

“Selepas jaringan kedua daripada Benayoun, saya berasakan perlawanan tersebut telah berakhir.

“Begitupun, kami berjaya bangkit kerana saya sedar kami hanya memerlukan satu gol sahaja untuk mengesahkan tempat ke final dan akhirnya kami berjaya melakukannya,” kata Forlan yang turut menjaringkan gol kemenangan Atletico pada aksi separuh akhir pertama di Vicente Calderon. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Luar Negara, Sukan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply