IOC pilih Rio anjur Olimpik 2016
Madrid kecewa; Sentuhan Obama gagal pastikan Chicago jadi pilihan
COPENHAGEN: Temasya Sukan Olimpik 2016 akan dilangsungkan di Rio de Janeiro, Brazil – kali pertama kancah sukan paling berprestij di dunia itu bakal dilangsungkan di Amerika Selatan.
Rio menundukkan satu lagi bandaraya finalis, Madrid, pada undian pusingan terakhir oleh ahli-ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), malam tadi.
Chicago disingkirkan pada undian pusingan pertama – dalam antara penyingkiran paling mengejutkan pernah dihasilkan ahli-ahli IOC – dan Tokyo disingkirkan pada undian pusingan kedua.
Rio bersandar kuat kepada hakikat Amerika Selatan sebelumnya belum pernah menganjurkan temasya itu, ketika Eropah, Asia dan Amerika Utara sudah kerap kali menjadi tuan rumah.
Hampir 50,000 warga bandaraya itu menjerit kegembiran sebaik sahaja pengumuman mengenainya dilakukan, sekali gus mencipta suasana pesta di pantai Copacabana.
Pemilihan itu juga melengkapkan berita gembira buat Brazil yang akan menjadi tuan rumah kepada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia pada 2014. – AP
kredit ~ bharian.com.my
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Luar Negara







