iPhone 5 bakal dikeluarkan September 2012

June 6, 2012 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Menurut spekulasi awal, versi iPhone terbaru tersebut bakal keluar pada bulan Oktober namun pakar analisis Topeka Capital Markets Brian White, melaporkan Apple dijangka akan mempunyai September yang menarik setelah dikhabarkan bertemu dengan ahli tempatan dalam senarai pembekal Apple.

Ini memberi gambaran bahawa generasi ke 6 iPhone bakal dilancarkan sebulan lebih awal dari yang dijangkakan.

Ciri-Ciri

Antara ciri-ciri yang kemungkinan besar bakal diimlementasikan dalan iPhone terbaru tersebut termasuklah paparan 4-inci Retina, chip A5X Variant, 1GB RAM, iOS 6, teknologi 4G LTE , teknologi Near Field Communication (NFC) , Siri yang dinaiktaraf, liquidmetal case, kamera belakang 8 megapixel (atau lebih tinggi), kamera depan 2 megapixel untuk chat video dan jangka hayat bateri yang lebih tinggi.

Dengan pelancaran “iPhone 5” terdapat juga laporan iPad mini akan turut dikeluarkan dengan harga $250 (RM800). Laporan tersebut memberi indikasi bahawa Apple sedang menyiapkan Ipad 7.85 inci itu dalam makmal. Paparan skrin yang lebih kecil akan mengekalkan resolusi skrin 1,024 X 768 pixel yang dimiliki generasi awal, iPad dan iPad 2.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita Terkini

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply