Jaga Kebersihan

August 10, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


http://3.bp.blogspot.com/_Qe1wgxDiEdU/TCDKiZODCsI/AAAAAAAAAwo/Cp__mopXp-c/s1600/throw-rubbish-bin.gif

 

Sampah-sarap dibuang merata-rata. Tandas tidak dipam. Keadaan sebegini sering
berlaku di hadapan mata kita, sama ada kita lakukan sendiri atau dibuat oleh
orang lain.

Alangkah baiknya jika semua orang menjaga kebersihan. Tiada tempat akan menjadi
kotor sekiranya rakyat Malaysia yang dikatakan mempunyai mentaliti dunia ketiga
menjaga kebersihan sebagaimana kita melakukan di rumah. Sudah tentu kita tidak
akan mencampak pembungkus makanan ke lantai di rumah, kan?

Ramai orang terus mengadu kepada pihak berkuasa apabila kawasan perumahan mereka
dalam keadaan yang kotor. Apabila pembersihan tidak dijalankan, mereka
menyuarakan ketidakpuashatian terhadap pihak berkuasa.

Adakah kerja ini merupakan tanggungjawab pihak berkuasa sahaja? Tidak, kita seharusnya
bekerjasama untuk membersihkan taman perumahan kita.

Ke manakah semangat gotong-royong yang dibanggakan? Adakah ia hanya wujud di dalam buku teks atau
karangan sahaja? Kita patut mempraktik apa yang telah dipelajari.

Tambahan pula, gotong-royong boleh memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang boleh
mengakibatkan penyakit denggi dan mengeratkan hubungan antara jiran. Malah kita
boleh menganggap aktiviti ini sebagai senaman kerana kita akan banyak berpeluh.

Ayuh kita mengambil penyapu dan bersihkan kawasan perumahan kita bersama-sama.
Jangan asyik hanya menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan.

 

Saudari Lynn

Pertandingan BHO Artikel 4

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: BHO Blog

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply