Dah tak boleh berenang dah…

BANGKOK: Paras air banjir menurun berterusan ketika ini menyebabkan semua jalan raya utama Bangkok dijangka boleh dilalui semula dengan lancar dalam tempoh dua minggu lagi, lapor pihak berkuasa selepas bah melanda Thailand sejak beberapa bulan lalu hingga mengorbankan 564 orang.
“Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton yang tiba semalam turut dijangka mengumumkan bantuan besar kepada Thailand bagi menangani keadaan selepas banjir,” kata pegawai.
Hillary singgah di Thailand ketika dalam perjalanan ke Bali, Indonesia untuk hadir ke persidangan ASEAN. Turut berada di Bangkok ialah Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, yang melawat kawasan banjir. Pada masa ini, banyak kawasan masih digenangi air khususnya di sebelah barat dan timur Bangkok. Banjir di kawasan itu dijangka mengambil masa lebih lama sebelum surut.
Paras air yang menurun di laluan utama Bangkok, Rama II membolehkan kenderaan untuk lalu, kata mereka.

Pihak berkuasa juga bernasib baik kerana banjir tidak melanda bahagian pusat bandar itu yang padat penduduk dan menjadi kawasan perniagaan utama.

Sekurang-kurangnya 20 daripada 77 wilayah Thailand dilanda banjir sejak Julai lalu, kebanyakannya di kawasan utara dan tengah dan seperlima daripada 64 juta penduduk terjejas.
Pihak Berkuasa Metropolitan Bangkok melaporkan dalam webnya bahawa banjir di ibu negara semakin surut khususnya di lapangan terbang Don Muang. – AP
credit: bharian.com.my
—————————————————————————————————
Harap surut sepenuhnya…
Carian BHO
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Banjir di Utara dan Timur Bangkok Mula Surut
- Bangkok bakal tenggelam?
- Sedih: Banjir di Bangkok Berlanjutan Sebulan Lagi
- Banjir di selatan Thailand ragut lagi 12 nyawa
- Pesta air di Bangkok
- Sembilan cedera di Bangkok
- Peralatan Pelik Musim Banjir di Bangkok
- Bangkok diramal ‘lesap’ pada 2017
- Pelancong bersihkan Bangkok
- Penunjuk perasaan mula berkumpul