Jangan beli banyak lauk

September 4, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


MARANG: “Jangan belikan kuih dan lauk yang banyak sebab adik dah belikan kuih serta ayam pusing untuk juadah buka puasa petang nanti,” demikian pesanan terakhir Ahmad Termizi Ahmad Ridzuan, 19, kepada bapanya, Ahmad Ridzuan Muhammad, 49, sebelum dia meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar pokok, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, mangsa, pelajar tahun satu Kolej Universiti Tati, Kemaman bersama lima rakan berkonvoi menaiki motosikal Honda EX5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kolej berkenaan.

Difahamkan, sebaik tiba di Kilometer 45, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Pasir Puteh, Merchang, di sini, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan merempuh pokok di sebelah kiri jalan.

Mangsa dari Seberang Marang, dekat sini, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas cedera teruk di dalaman badan dan patah paha kiri.

Ahmad Ridzuan berkata, sebelum kejadian anaknya sempat menghubungi isterinya kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin memberitahu mahu pulang ke rumah selepas mendapat cuti raya selama dua minggu.

Katanya, anaknya berhasrat berbuka puasa bersama keluarga selepas kali terakhir menikmati juadah bersama kira-kira dua minggu lalu sebelum pulang ke asrama kolej berkenaan.

“Saya yang terkejut selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu terus bergegas ke HSNZ dan sebaik saja melangkah masuk ke Unit Kecemasan, luluh hati saya melihat tubuh anak terbujur kaku di katil,” katanya.

Abang mangsa, Md Hassan Basri, 22, berkata kali terakhir dia berjumpa mangsa kira-kira seminggu lalu dan tidak menyangka kelakuan pelik adiknya yang kurang bercakap menjadi petanda arwah akan pergi menghadap Ilahi.

“Sebelum ini arwah seorang yang sangat periang di kalangan adik-beradik, tetapi dia tiba-tiba berubah apabila tidak banyak bercakap beberapa hari lalu, rupa-rupanya ia petanda arwah akan meninggalkan kami selama-lamanya,’’ katanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi punca sebenar masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, mangsa yang mengalami pendarahan serta kecederaan teruk di badan dan kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HSNZ.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply