Jangan beri duit beli dadah
PUTRAJAYA: “Jangan sogok anak anda dengan duit untuk membeli dadah, ini tidak membantu, malah merosakkan lagi mereka kerana akan terus bergantung dengan dadah hingga bila-bila,” kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Zuraidah Mohamed.
Sebaliknya Zuraidah berkata, ibu bapa sepatutnya menghantar anak mereka ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) berkonsep terbuka dikenali Klinik Pemulihan dan Prihatin 1Malaysia (C&C 1Malaysia) secara sukarela bagi memulihkan mereka penagihan dadah, termasuk mereka yang baru terjerumus dalam aktiviti ini.
Katanya, biasanya ibu bapa mengambil jalan singkat dengan memberikan wang kepada anak mereka untuk membeli dadah dengan alasan tidak ingin melihat anak menderita.
Sumber : Harian Metro







