Jangan sambut 1 Januari New Year

December 19, 2008 | By | 2 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Dapat post ini dari thread. Syukran Jazilan kepada tkg post.

—–

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita … Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah “AnnoDomini” bahasa Latin yang bermaksud “Anno” ialah aku/saya dan”Domini” ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai”… beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. “Nauzubillah … . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

-Wallahualam-

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Agama

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. hamba ALLAH says:

    nauzubillah….baru hari ini saya tahu akan cerita sebenar di sebalik tahun baru…semoga sesiapa yang membaca artikel ini akan sedar dan tidak lalai daripada mengingati Allah S.W.T…

  2. sha says:

    dah tu takkan perdana menteri kita yang terdahulu dan yang terkini tak tau pasal ni…apesal plak dieorang leh sesat sampai sggp tunggu detik 12mlm tu…hmmm…entahla….takkan ulama kite tak maklumkan YDP Agung..baginda leh je perintahkan haram and pas tu tak la sume rakyat msia yang sambut tu murtad!!!!

Leave a Reply