Janji beri autonomi kepada Sarawak tidak masuk akal

December 16, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


PUTRAJAYA: Gula-gula pembangkang kononnya akan memberikan kuasa autonomi kepada Sarawak jika pembangkang mampu memerintah adalah ‘angan-angan’ bagi mengelirukan rakyat terutama penduduk Sarawak.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup melakukan apa saja berikutan terdesak bagi mendapatkan sokongan rakyat ketika berdepan masalah dan krisis keyakinan kepimpinan parti itu.
Menurutnya, tawaran (autonomi di Sarawak) pembangkang itu tidak berpijak di bumi nyata dan lebih menjurus kepada untuk mengelirukan rakyat di Sarawak.

“Janji kosong pemimpin pembangkang termasuk yang terkini mahu memberi autonomi kepada Sarawak tidak masuk akal kerana negeri itu kaya dengan dengan hasil galian dan sumber alam semula jadi yang tidak akan dilepaskan dengan mudah oleh PKR yang menanti saat menguasai negeri yang memiliki hasil yang banyak,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam sebuah portal Internet kelmarin, yang menawarkan autonomi kepada Sarawak jika berjaya memerintah nanti.
Mengulas lanjut, Rosnah berkata, beliau hairan mengapa Azmin tidak menjanjikan wilayah autonomi kepada Pulau Pinang, tetapi lebih selesa memilih Sarawak jika pembangkang memerintah.

Persoalan yang timbul, adakah beliau takut kepada DAP sehingga gentar menamakan Pulau Pinang sebaliknya lebih rela memilih Sarawak yang dilihat sekadar untuk mengambil hati penduduk di negeri itu.
Rosnah berkata, Barisan Nasional (BN) sudah membangunkan Sarawak dalam pelbagai aspek pembangunan dan BN terus diberi kepercayaan rakyat negeri itu dalam setiap pilihan raya yang diadakan sebelum ini.

“Saya meminta pemimpin pembangkang menamatkan ‘angan-angan Mat Jenin’ dan janji palsu kepada penduduk Sarawak kerana ia hanya untuk mengelirukan rakyat yang selama ini begitu selesa dengan pentadbiran BN,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Politik, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply