Jarum ditemui dalam Sandwic

July 19, 2012 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


 

MINNEAPOLIS – Syarikat Delta Air Lines kini sedang menyiasat bagaimana beberapajarum ditemui terselit di dalam sandwic yang disediakan untuk empat penerbangan dari Amsterdam ke Amerika Syarikat.

Jurucakap sistem penerbangan itu, Kristin Baur menyatakan mereka menerima laporan tersebut pada Ahad lalu, di mana enam sandwic didakwa mengandungi jarum.

Seorang daripada penumpang pesawat ke Minneapolis dilaporkan cedera tetapi mangsa enggan mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemeriksaan terhadap penyediaan makanan telah dipertingkatkan. Kami akan menggunakan makanan dalam bungkusan sementara siasatan masih dijalankan,” katanya. Sinar Harian Online

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Luar Negara

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Alan says:

    Fuh…Cam mana jarum ada dalam sandwic pula? kalau termakan..boleh bawa mati! habislah Delta Airlines kena saman lepas ni!!!

Leave a Reply