
Jenazah Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abdul Raman Suliman, 62, yang meninggal dunia di Hospital Daerah Parit Buntar di sini malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah tengah hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Mohd Shariff Omar, dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Abdul Rahman Sulaiman, adalah antara yang menziarahi jenazah Allahyarham.Abdul Raman yang menghidap sakit buah pinggang disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam tadi, kira-kira sejam selepas terjatuh di rumahnya di Kampung Kedah.
Pembantu beliau, Mohd Jamil Yahaya, berkata Allahyarham ditemui terbaring di dalam bilik air rumahnya oleh isteri, Datin Saemah Hussein yang kemudian membawa beliau ke hospital.
Ia berlaku sejurus selepas Abdul Raman yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kembali daripada menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak di Ipoh.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan. – BERNAMA
BHO Blog – Innalillah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman.
sumber maklumat : http://bharian.com.my/
Carian BHO
- mantan-mantan timbalan ketua menteri pulau pinang shariff omar
- dato dj dave umno
- Abdul Raman Suliman
- sesk
- gambar menteri besar malaysia
- gambar datuk abdul raman suliman dikebumikan
- dj dave meninggal
- datuk raman suliman
- datuk abdul raman suliman
- dato abdul kadir sulaiman
- Berita metro tv seorang karyawan pengidap hiv mencampurkan darahnya ke minuman
- ADIK ANGKAT DJ DAVE DAN UJI RASHID KEMALANGAN
- abdul raman suliman metro
- umno parit
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Jenazah Ahmad Jais selamat dikebumikan
- MP Hulu Selangor selamat dikebumikan
- Berebut jenazah
- Tun Omar Ong meninggal dunia, jenazah dikebumi di Makam Pahlawan
- Abdul Rahman kekal YDP Pulau Pinang
- Taib Mahmud selamat diijab kabul
- Air mata sambut jenazah Sarbani
- Jenazah Sultan Iskandar selamat disemadikan
- Jenazah lelaki beristeri tiga jadi rebutan
- ‘Syukur dapat kebumi jenazah abang’