Johor tuan rumah Kriket Piala Saudara
JOHOR dipilih menjadi tuan rumah perlawanan Kriket Antarabangsa Piala Saudara edisi ke-40 antara Malaysia dan Singapura yang diadakan di Akademi Kriket Johor di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Presiden Majlis Kriket Johor (JCC), Datuk Dr Harjit Singh berkata, kali terakhir Johor menjadi tuan rumah siri perlawanan tahunan itu adalah pada 2005
“Perlawanan ini juga mendapat pengiktirafan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) dan paling menarik kesudian ICC membawa bendera sempena 100 tahun penubuhannya bertemakan `catch the spirit’ untuk dikibarkan sepanjang perlawanan itu,” katanya.
Dr Harjit juga menambah pemain kebangsaan akan dibarisi pemain yang menyertai Liga Kriket Piala Dunia yang diadakan di Singapura baru-baru ini selain diperkuat dengan kehadiran Suhan Kumar dan Rafik Abdul Rahman.
kredit ~ bharian.com.my











